Author: Piratz

DRX menewaskan T1 3-2 seterusnya memenangi League of Legends Worlds 2022 pertama untuk organisasi itu dan menghalang pasukan T1 dan pemain Lee “Faker” Sang-hyeok daripada mendapat rekod kejuaraan Dunia keempat mereka. Kemenangan itu adalah kemuncak kisah Cinderella DRX ke Worlds. Sebagai pilihan keempat dari Korea, DRX adalah salah satu pasukan yang bukan diramal untuk menjuarai League of Legends World Championship. DRX dibarisi oleh Kim “Deft” Hyuk-kyu, Cho “BeryL” Geon-hee, Hwang “Kingen” Seong-hoon, Hong “Pyosik” Chang-hyeon, Kim “Zeka” Geon-woo dan Lee “Juhan” Ju-han. Pusingan ke-4 merupakan pusingan yang mereka menangi dengan mudah selepas kalah dalam pusingan ke-3, menyayatkan hati di mana…

Read More

Google membawa perkhidmatan Google Play Games untuk PC awal tahun ini, dimana pengenalan awal hanya menfokuskan kawasan terpilih dibenarkan mendaftar untuk beta tertutup. Blog Android Developers, yang merupakan saluran rasmi untuk berita Android dan Google Play untuk aplikasi dan pembangun permainan, baru-baru ini mengumumkan bahawa Google Play Games pada PC sedang beralih ke peringkat beta terbuka dan akan tersedia untuk lapan negara lagi. Hari ini, mereka melancarkan versi beta di lebih banyak wilayah, mengembangkannya ke Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Seperti yang mungkin anda bayangkan, terdapat pelbagai jenis permainan yang tersedia untuk Android, dan dapat…

Read More

Telur Mata Cup (TMC) 2022 adalah satu kejohanan yang dianjurkan oleh eGG Network yang membarisi pemain dan pasukan amatur seluruh negara. Kali ini, hadiah wang terkumpul yang ditawarkan meningkat kepada RM50,000 berbanding pada edisi pertamanya iaitu sebanyak RM30,000 sahaja. Selain dari itu, 1 slot untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia 2022 ditawarkan lagi sekali dimana ianya merupakan salah satu kejohanan kelayakan ke PUBG MOBILE Professional League (PMPL) 2023. Pendaftaran TMC 2022 telah dibuka dan akan ditutup pada 19 November ini. Kejohanan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun keatas. Pusingan Kelayakan akan berlangsung secara atas-talian dari…

Read More

Selepas menjadi juara The International 11, Tundra Esports membuat pengumuman kehilangan kejuaraan The International; Aegis Of Champions semalam. Dalam tweet mereka, mereka berkata, “Kawan-kawan, tolong bantu. Malam tadi hilang kawalan, anda tidak akan percaya ini tetapi kami kehilangan Aegis…”. Aegis of Champions ditempa dengan gangsa dan perak dengan bahagian bertentangan mendedahkan pemain dan pasukan yang telah memenangi kejuaraan. Beberapa jam yang lepas, akaun dota2updates mengatakan ianya sudah ditemui. Ianya sebenarnya salah faham dari pihak Tundra Esports sendiri. Piala itu diambil oleh seorang kakitangan Valve bernama Sharon untuk dibungkuskan. Bekas pemain pasukan SMG Dota2 yang berasal dari Singapura Daryl “iceiceice” Koh…

Read More

PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) adalah satu kejohanan rasmi anjuran PUBG Mobile yang menampilkan pasukan terbaik dari pusat pengajian seluruh negara. Berbeza daripada siri PMCC sebelum ini, PMCC My 2022 sedikit kelonggaran diberikan dimana ianya terbuka kepada semua pelajar berwarganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, PMCC MY 2022 membolehkan pelajar dari pusat pengajian yang berlainan untuk membentuk pasukan bersama. Peringkat akhir PMCC MY 2022 terdiri dari 16 pasukan dimana 4 pasukan datang dari Kelayakkan Campus Leaders dan bakinya dari Kelayakkan Terbuka. 4 slot ditawarkan untuk pasukan terbaik ke PUBG MOBILE National Championship (PMNC)…

Read More

Malaysia Esports League (MEL) ialah platform pertandingan inklusif untuk bakat baharu di bawah Pelan Strategik Pembangunan Esports yang diperkenalkan oleh KBS. Ianya menampilkan pelbagai jenis permainan termasuk PUBG Mobile, Mobile Legends, Free Fire dan banyak lagi dengan jumlah hadiah berjumlah RM 299,500. Selepas 2 hari beraksi di ESI Hub @ Spacerubix, Puchong, juara MEL22 PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan jatuh kepada pasukan Nemesis dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tempat ke-2 jatuh kepada pasukan Agent In Pyjamas dari negeri Perlis. Bagi tempat ke-3, dimenangi oleh pasukan Anti Circle dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan tempat ke-4 pula pasukan The Gringos Esports dari negeri…

Read More

Acara kemuncak yang dinantikan oleh semua peminat PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022 akan bermula tidak lama lagi. Pusingan liga akan bermula 10 November ini yang mana akan disertai oleh 48 pasukan serata dunia melalui mata kelayakkan dan kejohanan kelayakkan rantau yang telah tamat baru-baru ini. Dengan penyertaan pasukan terbanyak setakat ini, PUBG Mobile akan memperkenalkan format baru yang mana mensasarkan untuk memupuk persaingan serantau dan menyediakan lebih banyak aksi-aksi menarik buat tontonan kesemua peminat PUBG Mobile seluruh dunia. Pusingan liga akan diadakan di Kuala Lumpur dengan format yang baru dimana ianya dibahagikan kepada 3 peringkat; Group…

Read More

Edisi Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) untuk tahun 2022 telah melabuhkan tirai semalam dimana kita dapat lihat banyak perubahan barisan pemain dan pasukan baru untuk tahun ini. Ada pasukan yang bangkit membuktikan mereka masih lagi hebat dan ada juga yang bergelut dengan menyesuaikan dengan kejohanan ini. Tahun 2022 dimulakan dengan beberapa penambahan rantau seperti PMPL Africa, kemasukkan Filipina ke liga PMPL MYSG menjadikan PMPL MYSGPH serta pembatalan PMPL CIS (Commonwealth of Independent States) akibat krisis perang antara Rusia dan Ukraine. Selain dari itu, dengan format baru yang diperkenalkan dimana memberikan lebih siangan dan tekanan kepada setiap pasukan bagi melayakkan mereka…

Read More

Penghujung bulan yang lalu, ZOTAC memperkenalkan kad grafik generasi terkini yang dibina berdasarkan NVIDIA Ada Lovelace dan generasi ke-3 RTX. Kad grafik GeForce siri RTX 40 adalah lebih pantas, memberikan pengguna lonjakan kuantum dalam prestasi, neural rendering dan banyak lagi keupayaan platform terkemuka. Kemajuan besar dalam teknologi GPU ini amembuka kepada pengalaman permainan yang paling mengasyikkan, ciri AI yang luar biasa dan aliran kerja penciptaan kandungan terpantas. GPU ini mendorong grafik terkini ke masa hadapan. ZOTAC GAMING GeForce RTX 40 Series memperkenalkan inovasi utama yang menolak had dalam prestasi permainan, kecekapan penyejukan, tahap hingar dan ketahanan. ZOTAC GAMING GeForce RTX…

Read More