Author: Piratz

Esports Awards ialah acara tahunan kemuncak bagi meraikan yang terbaik dalam industri esukan daripada pemain dan permainan kepada wartawan dan pencipta kandungan. Daripada pemain, kepada pengulas, dan pencipta kandungan, ia sentiasa menjadi topik perbincangan yang besar dan sumber kebanggaan bagi sesiapa yang dicalonkan. Antara pemenang terbesar ialah Riot Games yang memenangi anugerah untuk Esports Publisher of the Year, Esports Broadcast/Production Team of the Year dan Esports Game of the Year untuk VALORANT. LOUD juga memenangi banyak anugerah untuk Esports Team of the Year dan Esports Creative Team of the Year. Di kategori lain PUBG MOBILE memenangi Esports Mobile Game of…

Read More

Riot Games menyaman syarikat teknologi China NetEase pembangun permainan Hyper Front atas dakwaan meniru Valorant. Riot mendakwa Hyper Front meniru beberapa ciri-ciri didalam Valorant seperti peta permainan, reka bentuk senjata, watak, azimat dan elemen. Valorant dilancarkan untuk PC pada tahun 2020 dan Riot sedang membangunkan versi mudah alih. Sementara itu, Hyper Front dilancarkan pada tahun 2022 dan telah tersedia untuk platform mudah alih pada iOS dan Android. Pemain dilaporkan menyedari persamaan antara kedua-dua permainan dan melaporkan tentang unsur peniruan Hyper Front dari Valorant. NetEase bertindak balas dengan membuat pengubahsuaian tertentu pada permainan tetapi menurut Riot, mereka masih melanggar hak ciptanya. Berikut adalah beberapa…

Read More

Anugerah Permainan pada 9 Disember kembali untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada permainan video terbaik tahun ini. Tahun ini menyaksikan pertembungan antara dua permainan iaitu God of War Ragnarok dan Elden Ring. Walaupun God of War Ragnarok meraih kemenangan terbanyak dengan enam anugerah, termasuk Persembahan Terbaik untuk Kratos, tetapi permainan Elden Ring yang membawa pulang hadiah terbesar malam itu dengan memenangi anugerah Game of the Year. Permainan RPG dunia terbuka yang dibangunkan FromSoftware juga memenangi Best Game Direction, Best Art Direction and Best RPG. Mungkin sesetengah kemenangan tidak dikenali, pemenang The Game Awards tersebut ditentukan oleh gabungan undian daripada komuniti…

Read More

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bertaraf dunia iaitu M4 World Championship yang paling berprestij akan bermula tidak lama lagi. Acara ini akan diadakan di Jakarta, Indonesia dari 1-15 Januari 2023. Kejohanan ini mengundang 16 pasukan terbaik dari pelbagai negara diseluruh dunia. Lokasi untuk peringkat kumpulan berlangsung di Dewan XO (MPL Arena). Sementara, Peringkat Kalah Mati (Knockout) – Grand Final akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta Pusat. Keputusan undian kumpulan menyaksikan pertembungan antara Blacklist International dan Falcon Esports dalam Kumpulan A, dan Kumpulan B untuk ONIC dan TODAK. Peringkat Kumpulan berlangsung dari 1 hingga 4 Januari akan menyaksikan enam belas…

Read More

Penghujung tahun 2022 semakin dekat apabila kita telah pun menemui bulan Disember, dan ianya adalah wajar apabila beberapa acara penghargaan mula dicanangkan. Apex Legend Mobile yang mula diperkenalkan pada bulan Mei yang lepas selepas beberapa fasa beta yang dilakukan. Di Apple App Store, permainan ini memenangi anugerah iPhone Game of the Year. Senarai permainan lain yang memenangi anugerah di 2022 App Store Awards adalah seperti berikut: Manakala di Google Play, Apex Legends Mobile memenangi dua anugerah iaitu Permainan Terbaik & Anugerah Pilihan Pengguna. Senarai permainan yang lain memenangi anugerah di 2022 Google Play Best of 2022 adalah seperti berikut: Tahniah…

Read More

EVOS Phoenix adalah juara FreeFire World Series (FFWS) 2022 Bangkok yang berlangsung lewat pagi tadi. Juara FFWS dua kali itu menamatkan pusingan akhir dengan mengungguli papan carta dengan 117 mata, 54 pembunuhan dan 2 Booyah!. Pasukan dari Thailand itu memenangi kejuaraan antarabangsa pertama mereka di tempat sendiri, sebelum ini kejuaraan FFWS pertama mereka di FFWS 2021 Singapura dan tempat kedua di FFWS 2022 Sentosa. Selain gelaran juara dunia dan piala kejuaraan, EVOS Phoenix juga akan membawa pulang hadiah $500,000 USD. Pasukan Vivo Keyd dari Brazil menamatkan hari terakhir FFWS 2022 Bangkok di tempat kedua, dengan 114 mata, 52 pembunuhan dan…

Read More

Kejohanan Garena yang terbesar dan paling ditunggu-tunggu, Free Fire World Series 2022 (FFWS), telah membuka tirainya. Pasukan yang layak dari seluruh dunia telah tiba di Thailand untuk bersaing di FFWS 2022 Bangkok Play-ins dan Finals yang berlangsung hujung minggu ini dari 25 hingga 26 November 2022. Pasukan dari Malaysia, Expand yang layak ke pusingan Play-ins selepas mendapat naib-johan pada Malaysia/Cambodia/Philippines/Sri Lanka (MCPS) Majors musim ke-4 yang lalu. Expand bersama lapan pasukan lain akan bersaing di peringkat Play-ins bagi merebut 4 slot menjadikan 12 pasukan yang akan bertanding pada Pusingan Akhir. Peringkat Play-ins telah berlangsung dan selepas 8 pusingan pasukan Expand…

Read More

Beberapa hari lepas, Boom Esports mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain mereka Timothy “TIMS” Randrup, Rolen Andrei “skem” Gabriel Ong, dan Souliya “JaCkky” Khoomphetsavong, hari ini mereka telah memperkenalkan bala tentera yang baru bagi persediaan untuk musim Dota Pro Circuit (DPC) yang akan datang. Pemain pertama yang dibawa masuk adalah John Anthony “Natsumi” Vargas, yang baru-baru ini membawa Polaris Esports menjuarai Asia Pacific Predator League 2022. Seterusnya Boom Esports berjaya memperoleh khidmat Kenny “Xepher” Deo, pemain dari Indonesia, yang bermain untuk pasukan T1 sebelum pembubaran pasukan tersebut pertengahan bulan yang lalu. Bagaimanapun, pemerolehan terbesar mereka merupakan Yap Jian “xNova” Wei…

Read More

Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor melalui Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari sebentar tadi. Menerusi Belanjawan Selangor 2023, kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan berjumlah RM2.45 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun 2023 dengan bertema ‘#KitaSelangor: Melonjak kemajuan, mengerat perpaduan, menjayakan harapan’. Antara belanjawan yang dibentangkan, melalui Tabung Pembangunan Sukan kerajaan Selangor memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM600 Ribu bagi meneruskan Program E-Sukan pada tahun hadapan. Melalui program ini, ianya akan memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menceburi bidang e-sukan yang dilihat sebagai laluan kerjaya kepada anak muda pada masa akan datang.

Read More

Pusingan Akhir PUBG Global Championship (PGC) 2022 berlangsung di Pusat Pameran Dubai UAE dari 17-20 November 2022, dengan kehadiran penonton secara langsung. 16 pasukan bermain 20 perlawanan sepanjang 4 hari Pusingan Akhir berlangsung. Pasukan dari Eropah; Natus Vincere (NAVI) memperoleh gelaran Juara PGC 2022, membawa pulang hadiah wang lebih daripada USD $1,000,000. Berdasarkan keputusan keseluruhan pusingan, NAVI memenangi 179 mata: 114 untuk mata singkir dan 65 untuk mata kedudukan, yang membawa pasukan mereka ke tempat pertama dalam kejohanan. Tempat kedua dimenangi 17GAMING dari China. Mereka memegang tempat teratas selepas dua hari pertama Pusingan Akhir tetapi ditolak semula ke kedudukan kedua…

Read More