Author: Piratz

MOONTON Games pembangun dan penerbit permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mengadakan M Summit pada 13 Januari 2023 di Jakarta, Indonesia. Tujuan utama sidang kemuncak itu diadakan adalah untuk membimbing pihak berkepentingan dalam esukan dan permainan bagi menemui peluang yang luas dalam industri tersebut. Forum itu menyediakan pentas untuk penceramah dan pakar terkemuka untuk membincangkan arah aliran dalam ekosistem esukan mudah alih, peluang komersial baharu dalam ekonomi esukan, dan kunci untuk mendapatkan kejayaan serta membina pasukan esukan profesional. Dari Februari hingga April, Mobile Legends: Bang Bang Professional Leagues (MPL) akan diadakan secara berturut-turut dari Singapura, Malaysia, Brazil, Indonesia, Filipina, Kemboja…

Read More

Kejohanan kemuncak PUBG Mobile, PUBG Mobile Global Championship 2022 (PMGC 2022) melabuhkan tirai semalam, dan S2G Esports dari Turkiye dinobatkan sebagai juara. Acara yang diadakan dari 6 hingga 8 Januari 2023 di Jakarta, Indonesia, menyaksikan hadiah terkumpul berjumlah $4 juta USD dan menampilkan banyak aksi menarik dan mendebarkan serta sorakan daripada para hadirin. Pasukan S2G Esports menggondol $400,000 USD sebagai hadiah wang untuk pemenang. Pasukan Turkiye itu mendominasi carta keseluruhan pungutan mata yang memisahkan diri mereka daripada kumpulan mengejar sebanyak 42 mata. DRS Gaming dari Nepal telah menjadi salah satu pihak yang mengagumkan sejak awal. Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil,…

Read More

Sukan SEA 2023 ialah edisi ke-32 acara pelbagai sukan serantau dwitahunan yang diadakan untuk negara-negara dari rantau Asia Tenggara, yang diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA). Sebagai sebahagian daripada programnya, Sukan tersebut akan menampilkan kategori esukan buat kali ketiga berturut-turut. Persekutuan Esukan Kemboja (E-Sports Federation Cambodia (EFC)) akan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Rekreasi dan Elektronik Vietnam (VIRESA) untuk menganjurkan acara esukan di Sukan SEA ke-32 bermula 5 Mei hingga 17 Mei 2023 nanti. Sebelas anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara akan menghantar perwakilan mereka ke pertandingan itu: Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand,…

Read More

Hari ini bermulanya peringkat akhir bagi PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2022. Acara tersebut diadakan secara luar talian (offline) di Jakarta, Indonesia selama 3 hari bermula pada hari ini dan akan tamat pada hari Ahad. Dan semasa pembukaan, terdapat pengumuman oleh PUBG Mobile yang disampaikan oleh Pengarah PUBG Mobile Global Esports; James Yang. Antara berita yang disampaikan adalah PUBG Mobile akan membuat beberapa peningkatan kepada liga professional (PMPL) yang merangkumi kemas kini pengembangan yang menarik di rantau Asia Tenggara. Berita yang membuat peminat PUBG Mobile di negara ini gembira yang mana mereka dengan sukacitanya mengumumkan bahawa PMPL MY/SG/PH kini akan…

Read More

Kehadiran tahun 2023, banyak pemainan mudah alih dirancang akan dikeluarkan tahun ini. Pada tahun lalu, kita dihidangkan dengan beberapa permainan hebat pada platform mudah alih, beberapa daripadanya menarik minat semua pengguna. Bagi tahun 2023 juga akan menyaksikan keluaran berbilang permainan baharu. Dalam senarai ini, kami akan berkongsi senarai permainan mudah alih yang kami amat nantikan di tahun 2023. Valorant Mobile Valorant telah menjadi salah satu permainan paling banyak dimainkan dimana ianya dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. Permainan ini telah menerima sokongan besar daripada komuniti permainan PC dan ura-ura mengatakan ianya akan memasuki arena mudah alih. Anda boleh mengharapkan untuk…

Read More

Honor of Kings International Championship 2022 (KIC 2022), kejohanan permainan mudah alih terbesar pernah ada dimana bermula pada 3 Disember lalu, menampilkan 16 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Kejohanan itu menampilkan jumlah hadiah bernilai 10 juta USD, yang mana adalah jumlah hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah permainan mudah alih. KIC 2022 ialah siri Kejohanan Dunia serba baharu untuk Honor of Kings, siri ini merupakan penjenamaan semula untuk Arena of Valor International Championship dan pengganti kepada World Champion Cup. Pasukan Wuhan eStar Pro berjaya menamatkan kejohanan sebagai juara untuk kali pertama pada edisi pertama Honor of Kings International Championship 2022 ini.…

Read More

Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengumumkan dimana mereka akan menjadi Penaja Telefon Pintar Rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) selama empat musim, bermula dari Musim 11, yang bermula pada Februari 2023, sepanjang Musim 14, dijangka berlangsung pada akhir 2024. ROG yang komited untuk membina komuniti permainan telah memutuskan untuk bekerjasama dengan MOONTON di MPL MY untuk melengkapkan pasukan terbaik di Malaysia dengan telefon permainan terbaik dan membantu pemain dan pasukan mencapai tahap baharu dalam kerjaya esport mereka. ROG juga menyatakan ini adalah peluang yang baik untuk mengumpul maklum balas daripada pemain mudah alih professional untuk memastikan…

Read More

Global Esports Games (GEG) adalah pertandingan permainan berprestij yang merapatkan esukan, sukan, teknologi, hiburan dan budaya adalah acara utama yang dianjurkan oleh Global Esports Federation. Untuk edisi kedua ini, ianya dianjurkan di Istanbul, Türkiye dan berlangsung dari 15-17 Disember 2022. Lebih 300 atlet dari 65 negara dan wilayah bersaing untuk mendapatkan kejuaraan didalam empat permainan iaitu DOTA 2, eFootball™ 2023, PUBG MOBILE dan Street Fighter V: Champion Edition. Malaysia mempunyai 2 wakil untuk acara ini iaitu eFootball dan DOTA 2 (Wanita). Perlawanan akhir DOTA 2 (Wanita) mempersembahkan dua pasukan kegemaran, Malaysia dan Thailand, yang kedua-duanya bermain dengan cemerlang dalam perjalanan…

Read More

World Cyber Games (WCG) akan kembali pada 2022-23 ke arena esukan selepas penganjuran edisi terakhir pada tahun 2020. Syarikat dari Korea Bigpicture Interactive Co. telah mengumumkan rancangannya untuk menganjurkan acara tahun ini secara luar talian. Rancangan untuk mengadakan kejohanan ini didedahkan pada satu video baru-baru ini. Secara umumnya, sebelum ini kita biasa melihat World Cyber Games hanya menampilkan permainan PC terkenal sahaja. Namun untuk kejohanan edisi kali ini membawa banyak perubahan termasuk senarai permainan dalam kejohanan ini. Untuk edisi kali ini, ianya dirancang menampilkan Mobile Legends Bang Bang, Hearthstone, Clash Royale dan Valorant, dimana beberapa pusingan kelayakan telah pun dijalankan.…

Read More

Kejohanan Dunia M4 kini tinggal kurang sebulan lagi, dengan persiapan untuk kejohanan antarabangsa terus berjalan. Oktober lalu, kami ada melaporkan dimana M4 World Championship akan berlangsung di dua tempat, Dewan XO untuk Peringkat Kumpulan dan Istora Senayan untuk Peringkat Kalah-Mati(Knockout) dan Perlawanan Akhir. Tetapi hari ini pihak MLBB Esports mengumumkan perubahan lokasi dimana Peringkat Kumpulan akan dilangsungkan di Bali United Studio manakala peringkat Kalah-Mati(Knockout) dilangsungkan di Tennis Indoor Stadium Senayan. Disebabkan oleh pertukaran lokasi ini, kapasiti tempat duduk akan berkurangan untuk Peringkat (Knockout), dan penganjur akan membayar balik tiket sewajarnya untuk mereka yang terjejas. Pemegang tiket Peringkat Kalah Mati (Knockout)…

Read More