Author: Piratz

Gamers8 sebelum ini mengumumkan hadiah terkumpul festival esukan tersebut sebanyak 45 juta USD, tiga kali ganda berbanding edisi pertama mereka. Dan kali ini, mereka telah berkongsikan sedikit maklumat mengenai hadiah terkumpul dan jadual bagi PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2023. Ianya akan berlangsung dilokasi yang sama iaitu di Riyadh, Arab Saudi. Lapan minggu kejohanan esukan, konsert muzik dan aktiviti bertemakan permainan akan diadakan semasa acara tersebut. Kesemua acara ini bertujuan untuk memberi daya saing dalam permainan. PMWI 2023 akan menjadi sebahagian daripada festival Gamers8 itu. PMWI 2023 akan menampilkan hadiah terkumpul sebanyak 3 juta USD; sama seperti tahun lepas dan…

Read More

Level Infinite dan LightSpeed ​​Studios telah mengeluarkan treler permainan mudah alih baharu – Undawn. Dalam Undawn, pemain akan meneroka dunia yang hancur yang ditetapkan empat tahun selepas bencana global. Permainan ini menggabungkan pengalaman PvP (Player versus Player) dan PvE (Player versus Environment) ketika pemain menangkis dwi ancaman gerombolan yang dijangkiti dan menentang manusia dalam perjuangan untuk terus hidup di tanah terbiar yang suram ini. Tencent telah memulakan pelancaran rasmi beta terbuka Undawn di Filipina, Malaysia, dan Singapura. Pemain dari wilayah ini akan mendapat peluang untuk mengharungi pengalaman mudah alih wabak zombi Undawn melalui dunia pasca-apokaliptik yang berintensiti tinggi. Anda boleh…

Read More

Rapper terkenal Snoop Dogg telah meletak jawatan daripada FaZe Clan, sebuah organisasi esukan terkemuka yang menghadapi masalah serius sejak mereka mengumumkan kemasukkan mereka ke dalam pasaran saham. Kumpulan itu bekerjasama dengan beberapa selebriti, seperti Snoop Dogg, dalam usaha untuk meningkatkan imej syarikat, tetapi nampaknya ia tidak berkesan. Snoop Dogg mungkin bukan orang pertama yang terlintas di fikiran apabila ditanyakan mengenai esukan, tetapi penyanyi rap itu tidaklah asing dengan dunia permainan dan penstriman. Saluran Twitch Snoop Dogg agak menyeronokkan untuk ditonton oleh peminatnya, dan telah menghasilkan beberapa detik lucu yang telah disiarkan semula di seluruh platform media sosial. Pemfailan dengan SEC…

Read More

Hyper Front ialah permainan first-person shooter (FPS) dibangunkan NetEase Games di mana pemain berdepan antara satu sama lain dalam perlawanan taktikal lima lawan lima yang kompetitif. Penghujung tahun lalu, Riot Games memfailkan saman atas dakwaan permainan tersebut meniru permainan Valorant. Hari ini, Hyper Front telah diumumkan bahawa permainan akan ditutup secara kekal. Bagi sesetengah pihak, isu undang-undang ini tidak mengejutkan kerana ramai pemain telah menyifatkan Hyper Front sebagai klon Valorant kerana persamaannya yang amat ketara. Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang dan kesimpulannya masih belum selesai. Setakat yang kami tahu, Hyper Front akan menutup pintunya tidak lama lagi, jadi lebih baik anda…

Read More

Sebelum ini kami ada kongsikan dimana RedMagic Malaysia telah mengumumkan akan menjual RedMagic 8 Pro Titanium bagi pasaran Malaysia pada 4 April ini. Selain dari peranti yang hadir dengan panel lutsinar itu, RedMagic juga membawa monitor gaming 27-inci 4K Mini LED mereka untuk pasaran tempatan. Ini adalah peranti/aksesori permainan berasaskan PC pertama dari jenama itu. Monitor gaming RedMagic ini dilengkapi dengan panel LCD IPS 27-inci yang rata bagi menampilkan lebih 2,000 LED Mini dengan 1,152 sekatan pencahayaan, nisbah aspek 16:9, resolusi 3840 x 2160, daripada 48 Hz hingga 160 Hz kadar penyegaran adaptif (adaptive refresh rate) dan 1.7 ms ultra-low…

Read More

RedMagic telah mengumumkan bahawa RedMagic 8 Pro Titanium mereka akan tersedia secara rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkannya, anda perlu menunggu sehingga 4 April 2023 kerana akan mula dijual pada hari tersebut. Variasi baharu RedMagic 8 Pro iaitu Titanium ini tampil dengan rekaan panel lutsinar bersama konfigurasi 16GB RAM. RedMagic juga membawa masuk RedMagic 4K Gaming Monitor ke pasaran Malaysia Dari segi spesifikasi, variasi ini mengekalkan spesifikasi yang sama, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, 512GB storan dalaman, skrin 6.8-inci yang menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 8MP +…

Read More

Jom berbuka puasa pada bulan Ramadan ini dengan PUBG MOBILE, di Bazar Ramadan terletak di Homebois Pitstop. Ketika rakyat Malaysia menyambut bulan Ramadan bersama-sama, PUBG MOBILE ingin membawa peminat mereka pengalaman Ramadan yang bermanfaat.Dari 24 Mac hingga 20 April 2023, PUBG MOBILE mengambil alih Homebois Pitstop untuk membawa kepada rakyat Malaysia Bazar Ramadan mereka sendiri sepanjang bulan. Dengan kerjasama foodpanda, 100PLUS dan AirAsia Ride, rakyat Malaysia akan dijamu dengan pelbagai keseronokan seperti langganan pandapro dari foodpanda selama 1 tahun dan perminat dapat menghilangkan dahaga mereka serta menambah tenaga selepas seharian berpuasa bersama 100PLUS. AirAsiaRide juga menawarkan kod eksklusif untuk diskaun…

Read More

Selepas berminggu-minggu pertempuran sengit dan perlawanan menggigit kuku, pemenang telah dinobatkan! Hi5 dari Taiwan telah muncul juara Asia dalam Pokémon UNITE Asia Champions League 2023 malam tadi, menewaskan lima lagi pasukan berprestasi terbaik dari benua Asia untuk membawa pulang hadiah wang berjulah USD30,000 daripada jumlah keseluruhan hadiah berjumlah USD60,500. Dengan refleks sepantas kilat mereka, kemahiran luar biasa, kerja berpasukan dan strategi pakar, Hi5 terbukti tidak dapat dihalang di medan perang ketika mereka mengalahkan lawan mereka dengan mudah. Perlawanan akhir besar menyaksikan Hi5 bertarung dengan TeamMYS untuk muncul sebagai pemenang dengan skor 3-2. Di tempat kedua, TeamMYS dari Malaysia memenangi USD15,000.…

Read More

PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Spring bakal berlangsung pada 22 Mac hingga 16 April 2023 dengan hadiah terkumpul sebanyak USD 250,000. 20 pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan berkumpul di Kuala Lumpur, Malaysia dan bersaing di Peringkat Kumpulan selama 3 minggu pada setiap Rabu ke Ahad. 16 pasukan yang teratas akan menuju ke Peringkat Akhir dan bertanding selama 3 hari pada 14 – 16 April 2023. Untuk Minggu 1, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan: Kumpulan A, B, C, D, dan E. Hanya 4 kumpulan akan bertanding dalam setiap pusingan. Untuk Minggu ke-2 pula, 20…

Read More

Majlis Olimpik Asia (OCA) meluluskan cadangan dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) semasa mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan kelima di Hangzhou pada hari ini. Hearthstone ialah salah satu daripada lapan acara esukan yang ditetapkan untuk dipertandingkan di Sukan Asia Hangzhou. Walau bagaimanapun, permainan itu dikecualikan selepas rundingan antara Blizzard Entertainment dan NetEase gagal mengenai hak operasi dan perkongsian. Hearthstone adalah permainan yang menjadi acara demonstrasi di Sukan Asia 2018 di Jakarta. Kategori esukan akan membuat penampilan sulungnya sebagai acara pingat penuh di Sukan Asia 2023 nanti. Pingat yang dimenangi oleh pesaing akan dikira dalam pungutan…

Read More