Author: Piratz

Buat pertama kali dalam siri ini, FIFA 23 akan menampilkan pasukan kelab wanita, dengan dua liga tersedia semasa pelancaran – Barclays Women’s Super League, dan Division 1 Arkema. Kedua-dua pertandingan Piala Dunia juga akan ditampilkan dalam permainan, dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan Piala Dunia Wanita FIFA Australia dan New Zealand 2023 akan dibawakan sebagai kemas kini selepas pelancaran percuma. Kebolehan rentas platform (cross play) juga akan diperkenalkan untuk setiap mod 1v1 dalam permainan, termasuk FIFA Ultimate Team, Online Seasons dan Persahabatan Dalam Talian. Ini bermakna pemain PS5, Xbox Series X/S dan PC boleh bermain bersama, termasuk juga pemain…

Read More

Mulai hari ini, Xbox Insiders terpilih akan dapat bersembang dengan sesiapa sahaja di Discord melalui saluran suara atau panggilan kumpulan terus daripada konsol Xbox Series X/S dan Xbox One. Menurut Microsoft kemas kini itu akan membolehkan pengguna Discord berhubung merentasi Xbox, peranti mudah alih dan PC. Ianya akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang dan tersedia kepada semua orang tidak lama lagi. Sumber: [Discord Blog], [Xbox News]

Read More

PMPL MYSGPH Fall 2022 akan bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 28 Ogos 2022. Bagi peringkat liga, ianya masih dijalankan selama 3 minggu bermula 20 Julai dan berakhir pada 7 Ogos 2022 manakala pusingan akhir akan dijalankan selama 3 hari bermula 26 Ogos 2022 hingga 28 Ogos 2022. Disertai sebanyak 20 pasukan yang mendapat jemputan terus dari musim lepas (PMPL MYSGPH Spring 2022) dan hadiah terkumpul masih sama seperti musim lepas iaitu 150,000 dolar Amerika. Pasukan & Pemain Setiap pasukan diwajibkan menyenaraikan minimum 5 pemain dan tidak melebihi daripada 6 pemain untuk setiap pasukan. 20 pasukan dibahagikan kepada 5…

Read More

Hyper Front telah dilancarkan di negara-negara Asia Tenggara iaitu Thailand, Filipina, Malaysia dan Singapura pada 20 Januari 2022 yang lalu. Syarikat dari Hong Kong yang membangunkan permainan tersebut; NetEase mengumumkan akan mengadakan kejohanan sulung permainan tersebut iaitu Hyper Front Elite Cup 2022 (HFEC 2022). HFEC 2022 akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Asia Tenggara dan Amerika. Bahagian Asia Tenggara akan dijalankan bermula 30 Julai hingga 28 Ogos, manakala Bahagian Amerika akan dijalankan dari 30 Julai hingga 7 Ogos. Kedua-dua kejohanan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 50,000 dolar Amerika. Buat masa ini kejohanan HFEC 2022 tidak dibuka kepada umum tetapi ianya berdasarkan…

Read More

Hari ini EA mendedahkan untuk FIFA 23 Ultimate Edition akan terdapat Sam Kerr dari Chelsea dan Kylian Mbappé dari PSG di muka depannya. Kemasukan Kerr, yang bermain untuk pasukan wanita Chelsea dan Australia dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak wanita terbaik di dunia, menandakan ini kali pertama seorang atlet wanita menghiasi muka depan bagi permainan FIFA yang telah lama dikeluarkan di peringkat antarabangsa. Kerr yang muncul di muka depan FIFA 23 dengan memakai kit Chelsea membuatkan kami rasakan akan ada kemasukan Women’s Super League – liga tertinggi bola sepak wanita di England – dalam FIFA buat kali pertama. Siri…

Read More

Honor of Kings ialah permainan MOBA dengan kutipan tertinggi dengan lebih 100 juta pemain aktif setiap hari dan kini akhirnya mengeluarkan ujian alfa versi global permainan bermula dengan Mexico. Permainan ini telah dibangunkan oleh TiMi Studios dan sedang diterbitkan oleh Level Infinite. Versi alfa permainan telah dilancarkan hanya di Mexico buat masa ini dan akan tersedia di kawasan lain tidak lama lagi. Bulan lepas kami ada menulis mengenai berita permainan Honor of Kings akan ke pasaran global buat kali pertama dengan ujian Alpha dijadualkan pada bulan Julai. Dan kini, ianya telah dimulakan dengan negara Mexico. Beberapa info juga dikongsikan mengenai…

Read More

The Division adalah salah satu cabang senarai permainan Ubisoft yang luas dalam dalam siri Tom Clancy, yang termasuk siri popular lain seperti Rainbow Six dan Splinter Cell. Permainan The Division yang pertama dilancarkan pada tahun 2016 pada konsol dan PC pada masa itu kepada sambutan yang sangat positif, menghancurkan banyak rekod Ubisoft sebelumnya untuk jualan dan pemain aktif. Pada Mei 2021, Ubisoft mengumumkan hala tuju The Division dan ianya termasuk pelancaran The Division 2, kemas kini mengenai filem The Division, The Division Heartland, dan pembangunan The Devision untuk platform mudah-alih. Awal bulan ini, Unisoft mengesahkan permainan mudah-alih mereka akan dikenali…

Read More

King, pembangun permainan Candy Crush Saga mengumumkan projek baharu yang kelihatan menarik iaitu Rebel Riders untuk platform Android dan iOS. Permainan pertempuran kenderaan di mana mainan yang tidak berpuas hati atas layanan tuan mereka bertarung di arena. Ia boleh dirumuskan seperti berlatarkan filem animasi Toy Story tetapi diadunkan dengan filem Death Race. Pemain akan terlibat dalam pertempuran kenderaan bersenjata sesama mereka untuk peluang kedua bagi membuktikan kehebatan mereka dengan memusnahkan satu sama lain. Pemandu akan datang dari setiap rak kedai mainan, bermula dari figura aksi hingga kotak bijirin dan banyak lagi. Para pemain akan bertempur dengan jip, kereta kebal, atau…

Read More

Sepuluh hari lagi akan bermulanya musim baru bagi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH Fall 2022. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, PMPL MYSGPH Fall 2022 akan bermula pada 20 Julai dan berakhir pada 28 Ogos 2022. Bagi peringkat liga, ianya masih dijalankan selama 3 minggu bermula 20 Julai dan berakhir pada 7 Ogos 2022 manakala pusingan akhir akan dijalankan selama 3 hari bermula 26 Ogos 2022. Terdapat 2 minggu kekosongan diantara pusingan liga dan akhir, ini kerana memberi laluan bagi PMWI 2022 di Riyadh, Arab Saudi dijalankan. Menariknya untuk musim kali ini, PUBG Mobile menambah bilangan peta yang akan…

Read More

Michael “shroud” Grzesiek kini kembali sebagai pemain profesional. Penstrim legenda itu diumumkan sebagai tambahan terbaru kepada pasukan Sentinels Valorant. Pengumuman ini sangat tidak dijangka sehingga ramai peminat tertanya-tanya sama ada video itu benar atau jenaka April Fools yang sudah lama tertangguh. Shroud mendedahkan didalam strim beliau bahawa dia akan mula berlatih dengan pasukan untuk bersiap sedia untuk kejohanan LCQ pada bulan Ogos. Nampaknya shroud akan mengambil alih peranan sebagai Controller. Pemain yang paling jelas untuk digantikan ialah Hunter “SicK” Mims, yang baru-baru ini bergelut dengan kesihatan mentalnya. Shroud tidaklah bermain dengan pemain baru sepenuhnya. Ketua pasukan adalah Shahzeb “ShahZaM” Khan,…

Read More