Author: Piratz

Januari yang lalu, International Esports Federation (IESF) mengesahkan bahawa Bali, Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan akhir temasya World Esports Championship (WEC). IESF telah mengumumkan jumlah hadiah sebanyak 500,000 dolar Amerika untuk diberikan pada acara yang akan datang, dari 27 November hingga 9 Disember 2022. IESF juga mengumumkan enam permainan yang akan dipertandingkan pada temasya itu; Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), Dota 2, Tekken 7 dan eFootball akan kembali ke Kejohanan WE tahun ini dan permainan mudah alih PUBG Mobile & Mobile Legends: Bang Bang akan ditampilkan buat pertama kalinya. Yang menjadi tanda tanya kami, temasya ini seperti tidak…

Read More

April yang lalu, KHI Esports melepaskan kesemua barisan pemain PUBG Mobile mereka sebaik sahaja PMPL MYSGPH Spring 2022 tamat. Pasukan yang dibarisi oleh Rankid, Demigod, Monboy, Damaso dan H2R gagal mendapat kedudukan yang baik di PMPL serta di Sukan SEA yang lalu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menunjukkan kehebatan mereka dengan Rankid, Demigod dan Monboy terpilih sebagai pemain PUBG Mobile untuk negara Filipina di Sukan Asia akan datang. Hari ini, satu kiriman di akaun Facebook Hyve International mengatakan mereka akan beraksi di PMPL MYSGPH Fall 2022. Ini menguatkan lagi ura-ura yang mengatakan mereka akan mengambil-alih slot KHI Esports kerana mereka dilihat…

Read More

Seperti kami laporkan sebelum ini, God Of War: Ragnarok akan dilancarkan pada November tahun ini. Dan hari ini secara rasmi, Sony akhirnya telah mengesahkan tarikh keluaran untuk God of War Ragnarök – dan pada hari Rabu, 9 November untuk versi PlayStation 4 dan 5. Pada God of War Ragnarök ini, mereka meneruskan penceritaan mengenai Kratos dan anak remajanya Atreus selepas tiga tahun dari peristiwa God of War. Kedua-dua watak utama ini akan menghadapi Thor dan Freya didalam perjalanan mereka mencari Tyr; Dewa Perang Norse. Edisi standard permainan ini akan tersedia secara berasingan untuk PS4 dan PS5. Pemilik versi PS4 perlu…

Read More

PUBG Mobile World Invitational 2022 (PMWI) adalah salah satu acara terbesar buat PUBG Mobile dan kali ini ianya mengetengahkan 2 format yang berbeza; Minggu 1 – Main Tournament dan Minggu 2 – After Party Showdown. Bagi Minggu 1, 18 pasukan yang dipilih adalah juara bagi setiap kejohanan PUBG Mobile (PMPL/PEL/PMPL/PMJL/BMPS). Manakala, untuk Minggu 2 – After Party Showdown 5 pasukan teratas Minggu 1 akan layak ke Minggu 2 dan akan menyertai 6 pasukan yang dipilih mengikut setiap rantau dan 1 pasukan jemputan khas. Semalam, pihak PUBG Mobile Esports berkongsi dimana 6 pasukan yang akan dijemput ke Minggu 2 – After…

Read More

F1 22 akhirnya dilancarkan dan ia akan tersedia untuk Xbox One, Xbox Series X/S, PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC (melalui Origin dan Steam). Permainan ini adalah salah satu keluaran yang paling dinanti-nantikan dalam siri ini dan perubahan peraturan yang sama seperti dalam Formula 1 yang sebenar serta reka bentuk dan prestasi kereta yang berbeza secara drastik. Turut disertakan ialah litar baharu yang ditambahkan pada kalendar Formula 1 seperti Miami serta perubahan litar ke trek seperti Sepanyol, Australia dan Abu Dhabi. F1 VR juga membuat penampilan sulungnya pada PC, pemain dapat menikmati pengalaman hampir nyata dengan berada didalam kokpit kereta…

Read More

PUBG Mobile City Tournament (PMCT) ialah pentas kualifikasi ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) dan di pentas PMNC pasukan akan merebut slot ke PMPL 2023. Sudah pasti dengan setiap pasukan atau pemain PUBG Mobile diseluruh Malaysia ingin beraksi di kejohanan rasmi PUBG Mobile tersebut. Dan hari ini, PUBG Mobile Esports Malaysia telah membuka pendaftaran untuk kejohanan PMCT. Dari pengalaman kami, banyak pemain atau pasukan yang tidak membaca dan memahami peraturan yang telah ditetapkan. Jadi kali ini kami akan senaraikan beberapa perkara penting anda perlu tahu dan ikut jika mahu bermain di PMCT ini. Kami akan bahagikan kepada 3 bahagian iaitu…

Read More

PUBG Mobile City Tournament (PMCT) ialah pentas kualifikasi ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) tahun ini – di mana para pasukan akan bertempur untuk slot PMPL Spring Split 2023 yang berprestij. Menampilkan tiga kategori berbeza, Skuad, Solo & Wanita, ini adalah titik laluan anda untuk menjadi Pemain PUBG Mobile profesional. Dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, PUBG Mobile membawakan kejohanan di empat zon berbeza di seluruh Malaysia, termasuk North, South, Central dan Borneo. Kejohanan PMCT ini menawarkan hadiah keseluruhan RM52,000. Setiap pasukan akan bersaing dalam Zonnya untuk mendapatkan tempat dalam PMCT 2022 Zon Akhir. Pasukan terbaik di Perlawanan Akhir Zon (Skuad)…

Read More

Seperti yang kami telah hebahkan sebelum ini, Gamers8 dan PUBG Mobile bekerjasama dengan membawakan PUBG Mobile World Invitational 2022 dengan hadiah terkumpul sebanyak 3 juta dolar Amerika. Sony Xperia akan menjadi rakan telefon pintar rasmi bagi kejohanan yang akan diadakan dari 11 hingga 20 Ogos 2022 nanti. Bagi PMWI kali ini, ianya akan dijalankan didalam 2 format; Minggu 1 – Main Tournament dan Minggu 2 – After Party Showdown. Bagi Minggu 1, ianya akan disertai oleh 18 pasukan dari PMPL/PEL/PMPL/PMJL/BMPS dengan 2 juta dolar Amerika dipertaruhkan. Untuk PMPL MYSGPH, 4Rivals telah menerima jemputan bagi kejohanan tersebut. Pada Minggu 2 pula,…

Read More

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini Persekutuan Sukan Elektronik Arab Saudi (Saudi Esports Federation (SEF)), menganjurkan acara terbesar untuk sukan dan permainan elektronik didunia iaitu Gamers8. Dengan hadiah terkumpul berjumlah 15 juta dolar Amerika, kejohanan tersebut akan dijalankan sepanjang 6 minggu, dari 14 Julai hingga 8 September melibatkan 5 permainan popular; Rocket League, Dota 2, Fortnite, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege dan PUBG Mobile. Rocket LeaguePermainan Rocket League adalah satu permainan yang bertemakan bola sepak tetapi ianya melibatkan kenderaan yang dilengkapi roket. Objektifnya masih sama dengan permainan bola sepak dimana setiap pasukan perlu menjaringkan gol ke gawang lawan. Di Gamers8…

Read More

Pusingan kelayakan Road To Asian Games 2022 (RDAG) bagi mencari wakil Malaysia ke RDAG – Regional nanti telah pun tamat. Malaysia akan menghantar wakil bagi 7 permainan yang dipertandingkan. 7 permainan tersebut adalah PUBG Mobile, Dota 2, FIFA Online 4, Hearthstone, Street Fighter V, League Of Legends dan Arena of Valor. Untuk permainan PUBG Mobile, ianya akan diwakili oleh pasukan Farang Lejund. Berjaya menambah kutipan Winner Winner Chicken Dinner sebanyak dua kali pada hari kedua melonjakkan lagi kutipan mata pasukan mereka, seterusnya melayakkan mereka untuk mewakili Malaysia nanti. Untuk FIFA Online 4, RippedJeans dan PerlisJr dahulunya mewakili Malaysia untuk permainan…

Read More