Author: Piratz

Honor of Kings ialah permainan mudah alih yang menjana keuntungan tertinggi suku pertama 2022. Permainan mudah alih paling popular didalam kategori MOBA dibangunkan oleh TiMi Studio (anak syarikat Tencent Games). Walau bagaimanapun, terdapat versi Global untuk Honor of Kings yang dikenali sebagai Arena of Valor yang juga dibangunkan oleh TiMi Studio dan diterbitkan oleh Level Infinite. Honor of Kings setakat ini ekslusif di China tetapi akan dikeluarkan ke seluruh dunia, dan pemain di seluruh dunia akan dapat memainkannya tidak lama lagi. Level Infinite memaklumkan perkata teresebut di akaun Twitternya bahawa mereka mengeluarkan versi global Honor of Kings pada penghujung tahun…

Read More

Siri Musim Panas bagi Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) telah pun tamat seminggu yang lepas, diakhiri dengan PMPL SEA Championship Spring 2022. Bagi PMPL Arabia Falls 2022, mereka akan memulakan musim baru Isnin ini; 20 Jun 2022 dan akan berakhir pada 23 Julai 2022. Semalam, PUBG Mobile Esports telah mengeluarkan senarai pasukan yang akan bertanding di PMPL Arabia Falls 2022. Menariknya, terdapat 2 pasukan yang dahulu bermain di PMPL Commonwealth of Independent States (CIS) Spring 2022 juga didalam senarai iaitu Vista Gaming dan Major Pride. Atas sebab konflik yang berlaku antara Ukraine dan Rusia, PMPL CIS Spring 2022 dibatalkan pada…

Read More

Red Bull Mobile Esports Open (M.E.O.), pertandingan untuk beberapa permainan mudah alih akan kembali secara rasmi untuk musim ke-5. Tahun ini Red Bull M.E.O. menampilkan beberapa permainan mudah alih terkenal di dunia, termasuk PUBG Mobile, World Cricket Championship, Hearthstone Battleground dan Arena Of Valor bermula pada dari bulan Jun berterusan hingga Disember. Red Bull juga mengatakan, pertandingan ini akan dibuka kepada lebih dari pada 20 negara, dengan permainan yang berbeza mengikut negara. Akan ada pusingan kelayakan dan akhir dan serta rantau, memberikan pemain peluang untuk diiktiraf di negara mereka dan di pentas dunia. Pertandingan ini terbuka sepenuhnya dan percuma untuk…

Read More

Genexus adalah satu pasukan yang sangat sinonim dengan peminat PUBG Mobile Malaysia. Nama mereka meningkat naik semasa menjuarai PUBG Mobile Club Open – Spring Split: Malaysia Qualifier pada tahun 2019 dan barisan pemain dilamar menyertai Team Secret. Akhir tahun 2021, nama pasukan ini disebut peminat apabila mereka membuat kemunculan semula di kejohanan Red Bull M.E.O. Season 4: Asia. Kami diberitahu nama pasukan tersebut dijenamakan semula dari Genexsus kepada Genexus dan masih dibawah organisasi yang sama seperti sebelum ini. Tahun 2022 mereka kembali ke Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) dengan memperoleh slot Team Whales dan membariskan BiuBiu, Looyou, Snappie, dan LoongSkr…

Read More

Setahun yang lepas, dua pengulas dari Malaysia (Desaifer & Matt) dipilih untuk menjadi pengulas rasmi oleh FIFA bagi kejohanan FIFAe Club World Cup 2021- Pusingan Akhir. Hafiz Sudin (Desaifer) ditugaskan untuk mengulas didalam bahasa Malaysia manakala Matthews Izzac (Matt) untuk bahasa Inggeris. Melalui dari kiriman dari akaun Facebook Desaifer, beliau bersyukur dan berterima kasih pada pihak yang terlibat atas anugerah yang diterima beliau dan rakannya; Matt. Malaysia Book of Records menganugerahkan “The First Malaysian to Commentate at FIFAe Club World Cup 2021 by a Duo” atas pecapaian mereka berdua. Kami di Arked ingin mengucapkan tahniah kepada Desaifer dan Matt atas…

Read More

Axiata Group Berhad berkerjasama dengan Leet Technology Inc mengumumkan kejohanan Axiata Game Hero 2022 – Football Edition. Kejohanan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Konami eFootball, Football Arcade Challenge, dan Team Manager. Kejohanan Axiata Game Hero 2022 – Football Edition menawarkan wang hadiah keseluruhan sebanyak 80,000 dolar Amerika dan melibatkan 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Bangladesh, dan Kemboja. Untuk Konami eFootball, ianya bermula 13 Jun 2022, dan Pusingan Akhir (Grand Finals) pada 13-14 Disember 2022 dengan jumlah hadiah keseluruhan 60,000 dolar Amerika. Kejohanan ini akan mempunyai empat tahap yang berbeza untuk setiap negara, dengan pemain bersaing untuk tempat di…

Read More

FIFA 22, edisi terkini permainan bola sepak dari EA Sports, menyertai EA Play pada 23 Jun. Ini juga bermakna ia akan tersedia kepada ahli Xbox Game Pass Ultimate, yang mendapat akses EA Play sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Pada masa ini EA Play menawarkan percubaan permainan FIFA 22 selama 10 jam, tetapi ini akan digantikan dengan permainan penuh pada 23 Jun. Sebagai ahli EA Play, anda mendapat kandungan dalam permainan yang hebat yang membolehkan anda memanfaatkan FIFA 22: termasuk lebih banyak cara ekslusif untuk menonjolkan kelab anda dengan Kit Cheetahs Cape Town, Crest, Tema Stadium dan Tifo. Log masuk ke…

Read More

23 Oktober 2019 adalah tarikh dimana organisasi yang berasal dari Singapura iaitu RSG (sebelum ini dikenali sebagai Resurgence) memasuki arena PUBG Mobile Malaysia. Dalam pada masa yang sama mereka membariskan SmallBoy, Vokey, Y2K, dan IronPRO sebagai pemain. Sehingga musim lepas, hanya SmallBoy masih setia bersama RSG. Mengejutkan, pihak RSG Malaysia mengumumkan kapten pasukan mereka iaitu Alexis Aw “SmallBoY” Chee Loong tidak lagi bersama mereka untuk musim akan datang.

Read More

Didalam arena PUBG Mobile Malaysia, siapa tidak mengenali Jumper atau nama sebenar beliau Muhammad Izzrudin; anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Pada musim lepas beliau menyertai Axis RedONE dan dijemput untuk bermain di barisan pertama pasukan Tabah NSEA semasa Sukan SEA yang lepas. Hari ini melalui akaun Facebook Axis Esports, mengumumkan dimana Jumper tidak lagi bersama mereka untuk musim akan datang. Pasukan mana yang akan disertai Jumper untuk musim seterusnya, kami masih berteka-teki mengenainya. Antara terbaik percapaian Jumper di arena PUBG Mobile : Juara 🥇 – PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (Victorious In Play (VIP))Naib Johan 🥈 -…

Read More