Author: Piratz

Acara tahunan yang dinantikan oleh ramai peminat permainan video iaitu Steam Summer Sale kini kembali. Bermula hari ini, anda boleh mendapatkan pelbagai permainan dengan harga diskaun. Untuk edisi 2022, Steam Summer Sales berlangsung sehingga 7 Julai 2022. Diantara permainan yang menerima diskaun antaranya The Sim 4, Sekiro: Shadows Dies Twice, Forza Horizon 5, FIFA 22, Raft: The Final Chapter, Tom Clancy’s Rainbow Six Seige dan banyak lagi. Jadi, jika anda ingin menambah koleksi permainan tanpa berbelanja besar, inilah masanya. Dalam tempoh dua minggu ini, pemain akan dapat memilih pelbagai permainan pada harga diskaun. Valve dengan bangganya menampilkan Steam Summer Sale…

Read More

Izane anak kelahiran Sabah yang berusia 18 tahun kini secara rasminya menyertai Team Secret untuk saingan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia/Singapore/Filipina Musim Luruh 2022. Perkara ini diumumkan melalui akaun sosial media rasmi pasukan tersebut sebentar tadi. Izane atau nama sebenarnya Mohd Idham Fauzan mula membuat penampilan sulungnya didalam PMPL MYSG Musim Ke-3 2021 bersama pasukan Revenge To Kill (R2K). Selepas dua musim bersama pasukan R2K, beliau kini disunting oleh Team Secret bagi menguatkan barisan pemain mereka untuk musim akan datang. Pada musim pertama beliau, Izane tersenarai didalam Golden Bullet Awards untuk kategori MVP dan Best Fragger. Pada musim PMPL…

Read More

Seperti artikel kami sebelum ini, pusingan kelayakan bagi MPL Malaysia Musim 10 kini dibuka. Pendaftaran bagi pusingan kelayakan MPL Malaysia Musim ke 10 (MPLMY S10) dibuka sehingga 3 Julai 2022. Adakah anda berminat untuk mencuba nasib di pusingan kelayakan ini? Ini adalah 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum mendaftar bagi pusingan kelayakan MPLMY Musim 10; Pemain perlulah berumur 16 tahun keatas untuk dikira layak menyertai pertandingan ini.Setiap pasukan perlu mempunyai 6 pemain minimum dan 10 pemain maksimum.Nama dalam permainan (IGN) hanya boleh mengandungi aksara Inggeris, nombor atau ruang tunggal antara perkataan sahaja. Panjangnya hendaklah diantara 4 hingga 12 aksara.Aplikasi…

Read More

Mobile Legends Professional League Malaysia atau dikenali sebagai MPL kini akan memasuki ke musim yang ke 10. Pada 2021, Mobile Legends mengumumkan perpecahan bagi MPL Malaysia dan MPL Singapura bermula dengan Musim 7. MPL adalah medan pertempuran bagi semua pasukan bagi membuktikan siapakah yang terkuat antara mereka di Malaysia ketika ini. Semalam melalui kiriman di akaun rasmi MPL Malaysia, mereka mengumumkan pendaftaran bagi pusingan kelayakan MPL Malaysia Musim ke 10 dibuka sehingga 3 Julai 2022. Untuk Pusingan Kelayakan pula, ianya akan dijalankan pada 7 hingga 9 Julai 2022. Format untuk pusingan kelayakan MPL Malaysia masih sama, dimana 2 pasukan terbaik…

Read More

Asia Pacific (APAC) Predator League kembali untuk tahun 2022. Siri kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai 400,000 Dolar Amerika. 15 pasukan dari pelbagai negara akan berkumpul di pusingan akhir yang diadakan di Jepun dari 11 hingga 13 November 2022. Sama seperti siri kejohanan yang lepas, ianya masih mempertandingkan untuk permainan Dota 2 dan PUBG. Acer Malaysia mengumumkan pertandingan Kelayakan Asia Pacific Predator League 2022 untuk Malaysia dan menawarkan hadiah terkumpul RM 100,000. Juara untuk Dota 2 dan PUBG: Battlegrounds akan membawa pulang produk Predator dan hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM12,000. Pendaftaran untuk Kelayakan Asia Pacific Predator…

Read More

Seperti yang diketahui Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China sepatutnya berlangsung pada 10 hingga 25 September 2022 ini. Tetapi awal bulan lepas, Majlis Olimpik China menunda temasya tersebut ke satu tarikh yang belum dipastikan lagi. Walau bagaimanapun, Asian Electronic Sports Federation (AESF) mengumumkan acara Road to Asian Games (RDAG) Regional 2022 akan diteruskan secara online seperti yang dirancang. Road to Asian Games Regional adalah kejohanan kelayakan bagi menentukan pasukan manakah yang akan mewakili negara ke Sukan Asia nanti. Majlis Olimpik Malaysia telah membuka pendaftaran bagi semua acara yang dipertandingkan di Sukan Asia, tetapi untuk permainan PUBG Mobile ianya akan diadakan…

Read More

Sebentar tadi, pihak PUBG Mobile Esports berkongsi jadual untuk Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) untuk Musim Luruh (Fall). Jadi dengan perkongsian tersebut, PMPL Malaysia/Singapura/Filipina untuk Musim Luruh akan bermula pada 20 Julai 2022 dan berakhir pada 28 Ogos 2022. Bagi pusingan liga, ianya masih dijalankan selama tiga minggu bagi mencari 16 pasukan terbaik untuk layak ke pusingan akhir. Pusingan liga akan berlangsung dari 20 Julai hingga 7 Ogos 2022. Sedikit mengejutkan, dimana Pusingan Akhir bagi musim ini di adakan pada penghujung bulan Ogos iaitu pada 26 hingga 28 Ogos 2022. Kami merasakan pusingan akhir PMPL MYSGPH Fall 2022 ditunda bagi…

Read More

Wild Rift Icons Global Championship 2022 (juga dikenali sebagai Icons) ialah acara kemuncak bagi permainan Wild Rift untuk tahun ini dan merupakan kejohanan global untuk Wild Rift. Kejohanan ini mengalu-alukan 24 pasukan dari 8 wilayah. Untuk kejohanan ini, ianya diadakan di Suntec Convention & Exhibition Center di Singapura. Ianya adalah lokasi yang sama dimana kejohanan Wild Rift Horizon Cup pada tahun 2021. Kejohanan itu akan menampilkan 24 pasukan, 8 pasukan layak secara terus dari pertandingan serantau (regional) dan baki 16 pasukan akan bertarung melalui peringkat Play-in. Pertama kali diumumkan, Icons pada asalnya ditetapkan untuk berlangsung di Eropah. Disebabkan oleh pandemik…

Read More

Hari ini melalui ciapan di Twitter rasmi PUBG: Battlegrounds mereka mendedahkan video teaser mengenai kemaskini 18.2. Melalui video tersebut, terdapat sebuah peta baru akan diperkenalkan dengan nama Deston. Dengan pendedahan ini, peta Deston adalah sebuah peta yang diperkenalkan dengan kod nama Kiki sebelum ini. Deston adalah sebuah peta bersaiz 8X8 yang mencirikan kawasan paya, makmal bawah tanah, laluan keretapi bawah tanah dan bangunan pencakar langit. Dua hari lepas, akaun Twitter yang sama mengeluarkan sebuah klip audio berkenaan dengan bunyi yang berkaitan dengan pengenalan peta Deston ini. Dari klip audio tersebut membayangkan bahawa pemain akan dapat menaiki bot kecil merentasi tanah…

Read More

Disebalik kemeriahan perlawanan akhir antara pasukan RRQ Hoshi dan RSG PH di Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2022, sebuah video teaser mengenai M4 World Championship dikongsikan oleh akaun Youtube rasmi MLBB MENA (Middle East and Africa) mengenai tarikh kejohanan tersebut dilangsungkan. M4 World Championship adalah acara tahunan bagi semua pasukan yang bermain di Liga Professional MLBB (MPL) bagi menentukan siapakah yang terbaik antara mereka. Kejohanan tersebut dikatakan akan berlangsung selama dua minggu bermula 1 Januari dan berakhir pada 15 Januari 2023. Melalui video teaser berdurasi 22 saat tersebut, ianya masih tidak mendedahkan dimanakah lokasi kejohanan tersebut akan dijalankan. Buat…

Read More