Author: Piratz
Sebelum ini kami ada kongsikan dimana RedMagic Malaysia telah mengumumkan akan menjual RedMagic 8 Pro Titanium bagi pasaran Malaysia pada 4 April ini. Selain dari peranti yang hadir dengan panel lutsinar itu, RedMagic juga membawa monitor gaming 27-inci 4K Mini LED mereka untuk pasaran tempatan. Ini adalah peranti/aksesori permainan berasaskan PC pertama dari jenama itu. Monitor gaming RedMagic ini dilengkapi dengan panel LCD IPS 27-inci yang rata bagi menampilkan lebih 2,000 LED Mini dengan 1,152 sekatan pencahayaan, nisbah aspek 16:9, resolusi 3840 x 2160, daripada 48 Hz hingga 160 Hz kadar penyegaran adaptif (adaptive refresh rate) dan 1.7 ms ultra-low…
RedMagic telah mengumumkan bahawa RedMagic 8 Pro Titanium mereka akan tersedia secara rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkannya, anda perlu menunggu sehingga 4 April 2023 kerana akan mula dijual pada hari tersebut. Variasi baharu RedMagic 8 Pro iaitu Titanium ini tampil dengan rekaan panel lutsinar bersama konfigurasi 16GB RAM. RedMagic juga membawa masuk RedMagic 4K Gaming Monitor ke pasaran Malaysia Dari segi spesifikasi, variasi ini mengekalkan spesifikasi yang sama, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, 512GB storan dalaman, skrin 6.8-inci yang menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 8MP +…
Jom berbuka puasa pada bulan Ramadan ini dengan PUBG MOBILE, di Bazar Ramadan terletak di Homebois Pitstop. Ketika rakyat Malaysia menyambut bulan Ramadan bersama-sama, PUBG MOBILE ingin membawa peminat mereka pengalaman Ramadan yang bermanfaat.Dari 24 Mac hingga 20 April 2023, PUBG MOBILE mengambil alih Homebois Pitstop untuk membawa kepada rakyat Malaysia Bazar Ramadan mereka sendiri sepanjang bulan. Dengan kerjasama foodpanda, 100PLUS dan AirAsia Ride, rakyat Malaysia akan dijamu dengan pelbagai keseronokan seperti langganan pandapro dari foodpanda selama 1 tahun dan perminat dapat menghilangkan dahaga mereka serta menambah tenaga selepas seharian berpuasa bersama 100PLUS. AirAsiaRide juga menawarkan kod eksklusif untuk diskaun…
Selepas berminggu-minggu pertempuran sengit dan perlawanan menggigit kuku, pemenang telah dinobatkan! Hi5 dari Taiwan telah muncul juara Asia dalam Pokémon UNITE Asia Champions League 2023 malam tadi, menewaskan lima lagi pasukan berprestasi terbaik dari benua Asia untuk membawa pulang hadiah wang berjulah USD30,000 daripada jumlah keseluruhan hadiah berjumlah USD60,500. Dengan refleks sepantas kilat mereka, kemahiran luar biasa, kerja berpasukan dan strategi pakar, Hi5 terbukti tidak dapat dihalang di medan perang ketika mereka mengalahkan lawan mereka dengan mudah. Perlawanan akhir besar menyaksikan Hi5 bertarung dengan TeamMYS untuk muncul sebagai pemenang dengan skor 3-2. Di tempat kedua, TeamMYS dari Malaysia memenangi USD15,000.…
PUBG Mobile Super League (PMSL) Southeast Asia Spring bakal berlangsung pada 22 Mac hingga 16 April 2023 dengan hadiah terkumpul sebanyak USD 250,000. 20 pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan berkumpul di Kuala Lumpur, Malaysia dan bersaing di Peringkat Kumpulan selama 3 minggu pada setiap Rabu ke Ahad. 16 pasukan yang teratas akan menuju ke Peringkat Akhir dan bertanding selama 3 hari pada 14 – 16 April 2023. Untuk Minggu 1, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan: Kumpulan A, B, C, D, dan E. Hanya 4 kumpulan akan bertanding dalam setiap pusingan. Untuk Minggu ke-2 pula, 20…
Majlis Olimpik Asia (OCA) meluluskan cadangan dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) semasa mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan kelima di Hangzhou pada hari ini. Hearthstone ialah salah satu daripada lapan acara esukan yang ditetapkan untuk dipertandingkan di Sukan Asia Hangzhou. Walau bagaimanapun, permainan itu dikecualikan selepas rundingan antara Blizzard Entertainment dan NetEase gagal mengenai hak operasi dan perkongsian. Hearthstone adalah permainan yang menjadi acara demonstrasi di Sukan Asia 2018 di Jakarta. Kategori esukan akan membuat penampilan sulungnya sebagai acara pingat penuh di Sukan Asia 2023 nanti. Pingat yang dimenangi oleh pesaing akan dikira dalam pungutan…
PUBG MOBILE secara rasminya telah memperkenalkan pasukan partner mereka yang menyertai PUBG MOBILE Partnership Program, dengan 15 pasukan dari rantau Asia Tenggara diterima menyertai program tersebut. Lima pasukan dari Indonesia, empat dari Malaysia, tiga dari Thailand, dua dari Vietnam dan satu dari Filipina telah disahkan secara rasmi sebagai pasukan rakan kongsi Asia Tenggara. Setiap pasukan akan menerima slot terjamin untuk PMPL dan PMSL SEA, di samping semua faedah dan peluang rakan kongsi tambahan. PMSL SEA akan bermula dengan Minggu Pertama pada 22 Mac ini, dengan pertandingan tiga minggu sebelum Pusingan Akhir PMSL dari 14 – 16 April 2023. Setiap pasukan…
Gamers8, acara yang boleh dianggap antara festival esukan terbesar di dunia, kembali ke Riyadh, Arab Saudi dengan jumlah hadiah $45 juta USD. Acara tahun lepas menampilkan jumlah hadiah 15 Juta USD untuk acara utama (Gamers8), dan 10 Juta lagi untuk badan amal di bawah Gamers Without Borders (GWB). Festival itu akan bermula pada 6 Julai 2023, dan akan diadakan di Riyadh, ibu kota dan hab kewangan utama Arab Saudi. The Land of Heroes akan diteruskan selama lapan minggu (Julai hingga September) dan akan menampilkan pelbagai kejohanan esukan yang bermanfaat dan berprestij untuk pelbagai permainan video kompetitif. Buat masa ini, acara,…
Garena telah mengumumkan pelan hala tuju Free Fire 2023 Esports, mendedahkan kemas kini kepada format kejohanan Esports antarabangsanya. Sebagai tambahan kepada Free Fire World Series (FFWS) yang akan berlangsung pada bulan November, peminat dan pemain boleh menantikan Free Fire SEA Invitationals (FFSI) pertama yang akan bermula bulan Mei akan datang. FFSI, kejohanan antara rantau baharu yang direka bentuk untuk memberi tumpuan kepada persaingan antara rantau yang terpilih. Ditetapkan untuk berlangsung pada bulan Mei sepanjang tiga hujung minggu, FFSI akan menampilkan 18 pasukan di seluruh rantau MCPS, Vietnam, Indonesia, Thailand, Eropah, MEA, Taiwan dan Pakistan. Kejohanan ikonik FFWS, juga akan membuat…
Geek Slate telah memenangi PUBG Mobile Pro League (PMPL): Malaysia Spring 2023 dan melayakkan mereka ke PUBG Mobile Super League. Pasukan itu berjaya mengungguli carta dengan jumlah mata yang mengagumkan iaitu sebanyak 349 mata dalam dua minggu. Selain itu, Geek Slate berjaya memenangi tujuh WWCD (Winner Winner Chicken Dinner) daripada 40 perlawanan yang dimainkan dan dianugerahkan sejumlah $21,600 USD. Perlu diingat bahawa ini bukan kemenangan kejuaraan pertama mereka, kerana pasukan ini juga adalah juara PMPL MYSGPH Fall 2022. Prestasi Don’t Break Dreams (DBD) juga mengagumkan semua orang. Malangnya prestasi hari-hari terakhir mereka yang kurang menghasilkan mata, gagal mengejar kemaraan Geek…