(CFLC) 2025–2026 kini memasuki fasa kejohanan peringkat Asia Tenggara, menghimpunkan pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam untuk bersaing merebut jumlah hadiah keseluruhan sekitar RM290,000 (USD70,000).
Kejohanan ini merupakan kejohanan serantau sulung dalam ekosistem esports CrossFire: Legends, susulan pelancaran rasmi permainan FPS mudah alih ini di Asia Tenggara pada Disember lalu. CFLC Grand Finals dijadualkan berlangsung pada 8 Februari 2026, sekali gus menobatkan juara pertama CrossFire: Legends SEA.


Perjalanan CFLC 2025–2026 bermula dengan Open Qualifiers pada 20–23 November 2025, melibatkan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Empat pasukan terbaik setiap negara mara ke National Qualifiers yang berlangsung dari 10–14 Disember 2025, bersama pasukan profesional jemputan, dengan jumlah hadiah sekitar RM100,200 (USD24,600).
Perlawanan National Qualifier Finals diadakan pada 20 dan 21 Disember 2025, dan mencatat lebih 56,000 tontonan secara langsung. Dua pasukan terbaik setiap negara kemudiannya layak ke peringkat Asia Tenggara.


Fasa Group Stage berlangsung dari 7 Januari hingga 1 Februari 2026, melibatkan 10 pasukan iaitu TXD dan O2 (Malaysia), KDM dan VF (Filipina), EVOS dan PRMX (Indonesia), eArena dan FullSense (Thailand), serta EVO dan HF (Vietnam). Perlawanan dimainkan dalam format BO1, BO3 dan BO5, dengan hadiah sekitar RM186,000 (USD45,500) menjadi rebutan.
Kejohanan ini akan diteruskan dengan CFLC Semi Finals pada 7 Februari, sebelum kemuncak CFLC Grand Finals pada 8 Februari 2026, yang bakal mencipta sejarah sebagai penentuan juara pertama CrossFire: Legends Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti akaun rasmi:
Facebook: cflesportsglobal
TikTok: @cflesports
Instagram: @cflesportsglb
YouTube: cflesports


