Setelah 2 tahun hanya berlangsung secara di atas talian akibat penularan pandemik Covid 19, kini Garena Call Of Duty Mobile akan terbangkan kesemua pasukan bertanding ke Filipina. Kejohanan ini akan berlangsung pada 12 sehingga 14 Ogos 2022 ini bertempat di Manila Ballroom, Marriott Hotel.
Kejohanan ini mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak USD 25,000. Juara akan membawa pulang USD 10,000 dan selebihnya akan dibahagikan mengikut urutan yang telah ditetapkan. Kejohanan ini akan disertai oleh 3 negara iaitu Filipina, Malaysia dan Singapura.
kejohanan ini akan menggunakan format Double Elimination Bracket dan akan bermain di dalam 5 pusingan (Best Of 5).
Berikut ialah senarai pemain dan pasukan bertanding di sepanjang kejohanan ini.
Foto: Liquipedia