SEM9 dilihat sedang merombak divisi PUBG Mobile mereka, terdahulu Stoned secara rasmi meninggalkan pasukan manakala Bravo telah dipinjamkan ke Guerilla Esports.
Sebentar tadi organisasi ini telah memuat naik gambar dua pemain baharu mereka iaitu Harm & Adibz. Mengikut info yang kami perolehi sebelum ini, individu yang akan menyertai barisan pemain SEM9 ini merupakan bekas anak didik jurulatih SEM9 iaitu SlyDD ketika mereka bersama pasukan Anti Circle. Adibz pula berasal dari pasukan Guerilla Esports ( dahulunya Clutch Guerilla), Adibz selalu dilihat bersama bersama Man Parang semasa scrim selepas Liga berakhir beberapa bulan lalu.
Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka berdua. Pasti ada yang tertanya-tanya adakah Draxx akan dikekalkan atau beliau akan meninggalkan organisasi SEM9 seperti Stoned dan juga Bravo. Ikuti laman rasmi kami untuk maklumat lanjut.