PUBG MOBILE bakal memulakan pengedaran kemas kini Version 4.2 – Primewood Genesis bermula 7 Januari, tanpa gangguan perkhidmatan. Kemas kini ini dijangka tersedia sepenuhnya kepada semua pemain sebelum 7 Januari jam 11:00 (UTC+0). Pemain yang mengemas kini permainan akan menerima ganjaran khas termasuk trek muzik bertema “Whisper”, baucar V4.2, BP, AG serta tema eksklusif Forest City.
Kemas kini ini membawa perubahan besar merangkumi mod bertema baharu, sistem musim yang dipertingkat, penambahbaikan mekanik pertempuran, AI Ally, senjata, kenderaan unik, serta peningkatan prestasi keseluruhan permainan.
Sorotan Utama Kemaskini V4.2
1. Mod Tema Baharu: ‘Primewood Genesis’
Erangel bertukar wajah! Lima kawasan bandar utama (Hospital, Pochinki, Pangkalan Tentera Sosnovka, Yasnaya Polyana, Mylta) direka bentuk semula dengan akar pokok, tumbuhan menjalar, dan struktur baharu. Intipati mod ini ialah:


- Pertarungan Ekologi: Hadapi tumbuhan ‘corrupted’ dan bunga raksasa yang mengancam peta. Kalahkan mereka untuk dapatkan kotak peralatan dan tenaga pembersihan (purification energy).
- Acara Primewood Purification: Semua pemain dalam pelayan bekerjasama untuk mengumpul tenaga pembersihan. Apabila kemajuan mencapai 50%, kenderaan Bramblewood Scorpion akan muncul. Pada 100%, item Targeting Vines akan tersedia. Ianya boleh disumbang melalui membersihkan Corrupting Flowers, menewaskan Corrupting Mega Flower dan menanam Sacred Fruit
- Sekutu Pintar – Barkle: Selepas kejayaan ninja penguin Pownin sebelum ini, PUBG MOBILE memperkenalkan pula Barkle, sekutu AI berbentuk treant (dah macam Groot min tengok) yang boleh menyertai pasukan anda. Dia boleh membantu menyerang, menghalang tembakan, menyelamatkan anda, mencari peralatan, dan membawa anda ke lokasi lain. Barkle hanya muncul di Erangel dan Livik, dan boleh diarahkan melalui voice chat atau command wheel.
Selain itu, terdapat 2 kenderaan khas bertema baharu diperkenalkan dan kedua-duanya adalah kenderaan 2 tempat duduk:
- Bramblewood Scorpion – boleh bergerak bawah tanah dan menyerang
- Cherry Blossom Deer – kenderaan sosial dengan jejak bunga
Tambahan dari kenderaan bertema, terdapat barangan dan sejata bertema disediakan buat kali ini. Antara item dan senjata baharu:
- Overgrowth – Honey Badger – senjata bertema dengan fungsi pulih HP dan mod tembakan khas
- Florawings – item mobiliti untuk terbang dan dash
- Targeting Vines – menjerat dan melindungi pemain
2. Kembalinya Mod ‘Skyhigh Spectacle’ (Awal Februari)
Mod popular dari versi 3.1 akan kembali secara mengejut pada awal Februari 2026 untuk petualangan baru di atas awan.
3. Penambahbaikan Mod Klasik
- Keseimbangan Senjata: Senjata peluru 7.62mm (seperti AKM, M762, Groza) dapat peningkatan kerosakan asas, manakala senapang patah sedikit dikurangkan kerosakannya.
- Keberadaan Senjata: DBS Shotgun kini dimasukkan di Livik, SCAR-L Assault Rifle di peta Sanhok dan Vikendi, manakala DP-28 Light Machine Gun akan ditambah di Sanhok, Miramar, Karakin, dan Vikendi.
- Mekanik Memanjat Bersama: Perkenalan pertama mekanik memanjat melibatkan dua pemain. Gunakan ‘Co-op Wristband’ yang terdapat di beg sandang untuk membantu rakan sepasukan mencapai tempat tinggi yang tidak boleh dicapai sendirian.
- Pelbagai Penambahbaikan: Dari potong payung terjun jika tersangkut, pilihan ‘crosshair’ untuk skop 4x, hingga penambahbaikan cara meniarap dan melontar.
4. Sistem Musim Baharu & Kenaikan Pangkat (Ranked) Lebih Mencabar
- S28 Bermula: Musim Klasik & Kasual baharu bermula 11 Januari dengan set hadiah yang dinaik taraf.
- Promotion Match (Perlawanan Kenaikan Pangkat): Untuk naik ke peringkat Ace dan ke atas, pemain kini mesti lulus cabaran berterusan dengan ranking individu tertentu dalam peta Erangel/Livik. Ini bertujuan meningkatkan kualiti perlawanan dan rasa pencapaian.


- Sistem Siri Musim (Season Series): Sistem penghormatan separuh tahunan baharu yang mengiktiraf ketekunan, kemahiran, dan kekuatan pemain veteran. Lengkapkan cabaran untuk naik taraf Medal Siri Musim dan tebus hadiah eksklusif.


5. Dunia Keajaiban (World of Wonder/WOW) dengan AI
Penciptaan peta lebih mudah dengan Pembantu AI yang dinaik taraf:
- Hasilkan Animasi: Muat naik video rujukan untuk cipta animasi rangka untuk AI.
- Hasilkan Objek Kumpulan: Huraikan dengan teks untuk hasilkan objek bersekumpulan.
- Penambahbaikan Editor: Tambah editor senjata, pengurusan sumber, dan banyak lagi.
6. Metro Royale & Arena Berpangkat


- Senjata Warisan Baharu: Glacix Arbiter – pisau rama-rama bertema kristal ais yang boleh diwarisi antara musim.
- Musim Baharu: Chapter 30 Metro Royale bermula 8 Januari.
- Arena Berpangkat: Musim baharu bermula 27 Januari.
7. Rumah (Home) & Hab Sosial
- Gaya Baharu: ‘Rose Mansion’ tersedia 12 Januari.
- Permainan Parking Lot: Musim baharu untuk pertandingan kereta.
- Kawasan Bertema di Hub: Kawasan perayaan baharu dengan bunga api interaktif.
8. Kerjasama IP: ‘Peaky Blinders’
Kerjasama dengan siri popular ini akan dilancarkan pada 9 Januari 2026. Nantikan kemaskini mengenainya dari kami.
9. Penambahbaikan Prestasi & Grafik
- Kadar Keserasian Frame rate Tinggi: Sokongan 90/120 FPS untuk lebih banyak peranti pada tetapan grafik Smooth, HD, dan HDR.
- Pengurusan Haba Dioptimumkan: Mengoptimumkan masa untuk RAM iOS, pemprosesan UI, dan strategi ‘rendering’ untuk permainan lebih lancar dan kurang panas.


