Kesemua 12 pasukan yang layak menerusi sistem pungutan mata DPC (Dota Pro Circuit) telah diumumkan pihak Valve. Manakala 8 tempat duduk yang berbaki akan ditentukan melalui proses kelayakan di setiap peringkat zon yang telah ditetapkan (antaranya 6 melalui zon North America, South America, Western Europe, Eastern Europe, China, Southeast Asia dan 2 lagi melalui Last chance Qualifier). Pusingan kelayakan ini akan bermula pada 3 September 2022.
Format kelayakan ini ialah pasukan yang mendapat tempat pertama di dalam carta setiap zon akan mara ke The International dan tempat kedua dan ketiga akan berpeluang beraksi di kelayakan pusingan terakhir (Last Chance Qualifier).
Antara pasukan yang mendapat mendapat perhatian di zon SEA ialah Team SMG yang mendaftarkan iceiceice sebagai pemain yang baharu, T1 Esports mengumumkan Ana sebagai pemain baharu dan Topson masuk sebagai Stand-In, dan juga pemenang pingat emas CEC 2022 dari malaysia iaitu pasukan Atlantis. Pasukan Fnatic sah mara secara terus menerusi kelayakan mata DPC selepas pihak Valve mengemaskini data beberapa hari yang lepas selepas berlaku pertikaian di antara dua sumber yang memaparkan mata yang berbeza.
Format The International 11 sangat menarik perhatian peminat permainan ini kerana menampilkan jadual yang lebih panjang, sejumlah 30 pasukan akan mengambil bahagian, dan kelayakan peluang terakhir (Last Chance Qualifier) yang baharu.
Tidak seperti edisi sebelum ini, yang berlangsung sekitar 10 hari, The International 11 akan berlangsung sepanjang 23 hari dari 8 hingga 30 Oktober 2022 dengan rehat yang lebih lama di antara peringkat kejohanan yang berbeza.
Perubahan terbesar di dalam format TI untuk The International 11 ialah penambahan kelayakan peluang terakhir (Last Chance Qualifier), yang akan berasingan daripada kelayakan serantau utama dan serupa dengan Peringkat Wildcard yang kali terakhir dilihat di dalam siri TI5 dan TI6.
Berikut kami senaraikan zon dan pasukan yang juga akan sertai pusingan kelayakan The International 11 ini.