Pada 10 September 2022 yang lalu selepas peringkat alpha ditutup pada 25 Mei 2022, pihak Ubisoft telah mengumumkan tarikh pelancaran peringkat beta bagi permainan video mudah alih Tom Clancy Rainbow Seige. Malangnya Malaysia tidak termasuk dalam 7 gelombang awal yang telah dipilih oleh pihak pencipta permainan video ini.
Setakat 27 September 2022, 7 gelombang telah selesai diagihkan mengikut perancangan mereka seperti yang didedahkan pihak Ubisoft sebelum ini. Negara jiran yang telah mendapat akses awal ialah Filipina dan Singapura. Menurut pihak pencipta anda boleh menggunakan aplikasi VPN untuk bermain bersama pemain negara lain tetapi berkemungkinan akan berlaku ralat kerana permainan ini masih dalam proses penambahbaikan.
Sementara anda menunggu Malaysia mendapat akses awal peringkat Beta, anda mungkin boleh mengkaji peta bangunan yang akan anda gunakan dalam permainan video ini.