Author: Piratz

Penghujung tahun 2022 semakin dekat apabila kita telah pun menemui bulan Disember, dan ianya adalah wajar apabila beberapa acara penghargaan mula dicanangkan. Apex Legend Mobile yang mula diperkenalkan pada bulan Mei yang lepas selepas beberapa fasa beta yang dilakukan. Di Apple App Store, permainan ini memenangi anugerah iPhone Game of the Year. Senarai permainan lain yang memenangi anugerah di 2022 App Store Awards adalah seperti berikut: Manakala di Google Play, Apex Legends Mobile memenangi dua anugerah iaitu Permainan Terbaik & Anugerah Pilihan Pengguna. Senarai permainan yang lain memenangi anugerah di 2022 Google Play Best of 2022 adalah seperti berikut: Tahniah…

Read More

EVOS Phoenix adalah juara FreeFire World Series (FFWS) 2022 Bangkok yang berlangsung lewat pagi tadi. Juara FFWS dua kali itu menamatkan pusingan akhir dengan mengungguli papan carta dengan 117 mata, 54 pembunuhan dan 2 Booyah!. Pasukan dari Thailand itu memenangi kejuaraan antarabangsa pertama mereka di tempat sendiri, sebelum ini kejuaraan FFWS pertama mereka di FFWS 2021 Singapura dan tempat kedua di FFWS 2022 Sentosa. Selain gelaran juara dunia dan piala kejuaraan, EVOS Phoenix juga akan membawa pulang hadiah $500,000 USD. Pasukan Vivo Keyd dari Brazil menamatkan hari terakhir FFWS 2022 Bangkok di tempat kedua, dengan 114 mata, 52 pembunuhan dan…

Read More

Kejohanan Garena yang terbesar dan paling ditunggu-tunggu, Free Fire World Series 2022 (FFWS), telah membuka tirainya. Pasukan yang layak dari seluruh dunia telah tiba di Thailand untuk bersaing di FFWS 2022 Bangkok Play-ins dan Finals yang berlangsung hujung minggu ini dari 25 hingga 26 November 2022. Pasukan dari Malaysia, Expand yang layak ke pusingan Play-ins selepas mendapat naib-johan pada Malaysia/Cambodia/Philippines/Sri Lanka (MCPS) Majors musim ke-4 yang lalu. Expand bersama lapan pasukan lain akan bersaing di peringkat Play-ins bagi merebut 4 slot menjadikan 12 pasukan yang akan bertanding pada Pusingan Akhir. Peringkat Play-ins telah berlangsung dan selepas 8 pusingan pasukan Expand…

Read More

Beberapa hari lepas, Boom Esports mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain mereka Timothy “TIMS” Randrup, Rolen Andrei “skem” Gabriel Ong, dan Souliya “JaCkky” Khoomphetsavong, hari ini mereka telah memperkenalkan bala tentera yang baru bagi persediaan untuk musim Dota Pro Circuit (DPC) yang akan datang. Pemain pertama yang dibawa masuk adalah John Anthony “Natsumi” Vargas, yang baru-baru ini membawa Polaris Esports menjuarai Asia Pacific Predator League 2022. Seterusnya Boom Esports berjaya memperoleh khidmat Kenny “Xepher” Deo, pemain dari Indonesia, yang bermain untuk pasukan T1 sebelum pembubaran pasukan tersebut pertengahan bulan yang lalu. Bagaimanapun, pemerolehan terbesar mereka merupakan Yap Jian “xNova” Wei…

Read More

Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor melalui Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari sebentar tadi. Menerusi Belanjawan Selangor 2023, kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan berjumlah RM2.45 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun 2023 dengan bertema ‘#KitaSelangor: Melonjak kemajuan, mengerat perpaduan, menjayakan harapan’. Antara belanjawan yang dibentangkan, melalui Tabung Pembangunan Sukan kerajaan Selangor memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM600 Ribu bagi meneruskan Program E-Sukan pada tahun hadapan. Melalui program ini, ianya akan memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menceburi bidang e-sukan yang dilihat sebagai laluan kerjaya kepada anak muda pada masa akan datang.

Read More

Pusingan Akhir PUBG Global Championship (PGC) 2022 berlangsung di Pusat Pameran Dubai UAE dari 17-20 November 2022, dengan kehadiran penonton secara langsung. 16 pasukan bermain 20 perlawanan sepanjang 4 hari Pusingan Akhir berlangsung. Pasukan dari Eropah; Natus Vincere (NAVI) memperoleh gelaran Juara PGC 2022, membawa pulang hadiah wang lebih daripada USD $1,000,000. Berdasarkan keputusan keseluruhan pusingan, NAVI memenangi 179 mata: 114 untuk mata singkir dan 65 untuk mata kedudukan, yang membawa pasukan mereka ke tempat pertama dalam kejohanan. Tempat kedua dimenangi 17GAMING dari China. Mereka memegang tempat teratas selepas dua hari pertama Pusingan Akhir tetapi ditolak semula ke kedudukan kedua…

Read More

Selepas setahun Riot Games memperkenalkan kejohanan rasmi Wild Rift, mereka telah memutuskan untuk meletakkan tumpuan mereka pada rantau dimana esukan mudah alih dan permainan berkembang pesat, dan menghentikan operasi kompetitif mereka sendiri di seluruh dunia. Pada 2023, mereka akan memusatkan operasi dan tumpuan Wild Rift Esports di Asia, pasaran esukan mudah alih terbesar dan paling aktif di dunia. Liga Wild Rift baharu di Asia akan menjadi liga esukan mudah alih profesional Riot yang pertama merentas wilayah dan akan menggantikan Wild Rift Esports (WRE) yang asal akan diadakan pada April 2023. Ekosistem liga baharu ini akan terdiri daripada dua belas pasukan…

Read More

ASUS memperkenalkan siri ROG Phone 6 dengan Snapdragon 8+ Gen 1 Julai lalu. Sejak itu, dua varian turut dikeluarkan iaitu Asus ROG Phone 6D untuk versi Dimensity 9000+ dan Asus ROG Phone 6 bertemakan Batman. Tetapi nampaknya ianya tidak terhenti disini. Kini, Asus bekerjasama dengan Blizzard Entertainment untuk edisi khas ROG Phone 6 Diablo Immortal. Untuk siri ini, ianya dilengkapi dengan spesifikasi yang sama seperti siri ROG Phone 6 yang menggunakan cip Snapdragon 8+ gen 1 dan hadir dengan 16GB RAM. Tambahan, ianya dilengkapi dengan antara muka dan kertas dinding langsung bertema serta elemen penyesuaian lain seperti tema, ikon, animasi…

Read More
PC

emalam Marvel meraikan pelancaran Marvel’s Spider-Man: Miles Morales untuk versi PC. Seperti versi PC Marvel’s Spider-Man Remastered yang dikeluarkan awal tahun ini, ini merupakan kerjasama rapat dengan Insomniac Games, Marvel Games dan PlayStation. Mereka membawakan pengembaraan Miles Morales kepada pemain baharu dan membolehkan pemain PC mengalami kebangkitan Miles sebagai Spider-Man baharu. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales pada PC menampilkan banyak peningkatan, tetapan yang boleh disesuaikan dan sokongan untuk pelbagai konfigurasi perkakasan, dari PC bangsawan hingga peranti permainan PC bajet. Permainan ini menampilkan pilihan untuk pantulan sinar dengan pelbagai tahap kualiti, dan bayang-bayang jejak sinar yang baru ditambah untuk cahaya luar yang…

Read More

Call of Duty: Warzone Mobile berjanji untuk membawakan pengalaman battle royale francais mereka pada konsol dan PC kepada peranti mudah alih. Ini dilakukan dengan baik pulih teknologi yang akan membolehkan kemajuan dan sistem pas pertempuran bersilang dengan pengalaman semasa, seperti Warzone 2.0 dan Modern Warfare 2. Walaupun pelancarannya dijadualkan pada tahun 2023, pra-pendaftarannya akhirnya tersedia pada kedua-duanya platform, iOS & Android. Pendaftaran Warzone Mobile untuk pengguna Android telah bermula secara rasmi pada bulan September, hari ini pengguna iOS pula boleh mendaftar untuk menjadi yang terawal bermain permainan tersebut. Mendaftar untuk pelancarannya membolehkan anda menerima beberapa bonus untuk hari keluarannya. Anda…

Read More