Author: Piratz
Permainan Call of Duty yang akan datang akan tiba sebagai sekuel kepada Call of Duty: Modern Warfare 2019, yang boleh dolatalam sebagai pembikinan semula kepada Call of Duty 4: Modern Warfare 2007, siri Modern Warfare yang pertama. Call of Duty: Modern Warfare II akan dikeluarkan pada 28 Oktober di PlayStation® 5, PlayStation® 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC Battle.net dan PC Steam. Pra-tempahan kini tersedia di beberapa gudang permainan atau pada laman web utama Call of Duty. Dengan Piala Dunia FIFA 2022 semakin hampir, ini adalaah masa yang sesuai untuk pemain muncul sebagai watak CoD yang boleh dimainkan, meraikan…
Innersloth Games pembangun permainan Among Us secara rasmi mendedahkan tarikh keluaran untuk versi VR (Among Us VR) dengan treler permainan baharu dan cara permainan yang sangat popular itu akan dimainkan pada set VR. Tarikh pelancaran Among Us VR ialah pada 10 November 2022. Permainan ini akan dilancarkan secara eksklusif di Steam untuk PC, PlayStation VR, Oculus Rift dan Meta Quest. Seperti permainan Among Us yang asal, Among Us VR ialah permainan sekumpulan angkasawan di stesen angkasa yang melakukan tugasan mereka tetapi terdapat penyamar (imposter) di kalangan mereka. Penyamar perlu menghapuskan ahli kru yang lain sambil mengekalkan rahsia mereka, sehingga terdapat…
September lalu, kami ada menulis mengenai permainan PUBG Mobile akan berkolaborasi bersama dengan animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Dari sidang media yang berlangsung hari ini, akhirnya apakah kandungan yang akan dibawakan didalam permainan PUBG Mobile. Kerjasama PUBG Mobile x BoBoiBoy akan dibahagikan kepada dua fasa, pada Oktober 2022 dan Januari 2023. Untuk Fasa 1 (10 – 31 Oktober 2022) ianya akan menumpukan pada acara dalam permainan. Fasa 1 telah bermula di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Hong Kong. Di Fasa 1, pemain boleh mendapatkan barangan eksklusif BoBoiBoy seperti…
Xiaomi dilaporkan telah berbincang untuk menjual jenama telefon pintar permainan premiumnya, Black Shark, kepada Tencent sejak awal 2022. Walau bagaimanapun, berita terbaru syarikat gergasi perisian itu membatalkan pembelian syarikat Black Shark tersebut. Jabatan VR Black Shark paling teruk terjejas oleh pemberhentian kerja ini, dengan sejumlah besar pekerja yang diambil pada awal tahun ini, dan semua lain-lain jawatan yang masih dalam tempoh percubaan semuanya ditamatkan serta-merta. Sekitar awal tahun 2022, perjanjian pemerolehan Black Shark yang dikhabarkan oleh Tencent menjadi perhatian ramai, kerana syarikat perisian itu dilaporkan merancang untuk membeli Black Shark pada harga sekitar RMB2.6 – 2.7 bilion yuan. Black Shark,…
Seperti kebiasaan, pada hampir penghujung tahun pembentangan bajet akan disampaikan. Tahun ini, Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022. Melalui pembentangan yang dilakukan, kami disini hanya akan memetik mengenai pengumuman yang berkenaan dengan esukan. Dalam Bajet 2023, RM13 juta akan diperuntukan untuk pembangunan esukan. Selain dari itu, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan mempelopori usaha mentransformasi Urban Transformation Centre (UTC) sebagai hab digital. Antaranya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara digital di samping menggalakkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan dan pengekodan untuk manfaat belia setempat. Namum memetik…
Need For Speed, francais permainan video perlumbaan jalanan yang terkenal dari Electronic Arts, akan hadir dengan siri seterusnya, Unbound, hampir tidak lama lagi. Baru-baru ini, EA mengumumkan secara langsung pada 6 Oktober ini, ia akan mempersembahkan secara rasmi pengganti kepada NFS: Heat (2019) sekitar jam 11 malam waktu Malaysia. Pada hari-hari terakhir, tajuk ini yang dibangunkan oleh Criterion Games, yang bekerja dengan Electronic Arts pada NFS: Hot Pursuit (2010), Most Wanted (2012) dan Rivals (2013), memberi sedikit klu tentang perkara yang akan datang. EA membuat perubahan imej pada sosial media mereka (foto profil dan muka depan Twitter) pada akaun yang…
Natus Vincere (dalam bahasa Latin untuk “dilahirkan untuk menang”, sering disingkatkan kepada NAVI dan sebelum ini Na`Vi) ialah sebuah organisasi esport profesional berasal dari Ukraine. Pada penghujung 2020, memasuki ke arena kompetitif PUBG Mobile dengan menandatangani OldBoy, Matic, Mequ, Tixzy, dan Aderr. Sepanjang kewujudannya pasukan ini di arena PUBG Mobile mereka mendapat tempat kedua di PUBG Mobile Global Championship 2021: League — West dan menjadi naib juara di PUBG Mobile Global Championship 2021: Grand Finals, dan telah memenangi wang sejumlah lebih 1 juta dolar Amerika. Perjalanan pasukan NAVI terbantut disebabkan peperangan antara Rusia dan Ukraine mengakibatkan kejohanan PMPL Commonwealth of…
Skyrim Anniversary Edition mula dikeluarkan pada 11 November 2022 bagi menandakan ulang tahun ke-10 edisi permainan tersebut beserta kemaskini siri seterusnya secara percuma untuk PS 5 dan Xbox Series X/S. Selepas setahun, permainan Skyrim Anniversary Edition yang sama dilancarkan untuk Nintendo Switch. Skyrim Anniversary Edition merangkumi pencarian atau misi baharu, musuh, senjata dan banyak lagi, termasuk beberapa perkara yang diilhamkan oleh Morrowind dan Oblivion. Skyrim pertama kali dikeluarkan untuk Switch pada November 2017 dan merupakan permainan Bethesda pertama pada konsol Nintendo sejak Home Alone untuk NES pada tahun 1991. Ia datang dengan sokongan Amiibo untuk pakaian yang diilhamkan Zelda, dan…
PUBG Continental Series (PCS) 7 ialah kejohanan serantau terakhir tahun ini dan dibahagikan kepada 4 wilayah: Amerika, APAC, Eropah dan Asia. Kejohanan dalam talian ini akan menyaksikan pasukan di seluruh dunia bertarung nyawa kerana mereka bermati-matian berusaha untuk mendapatkan mata PGC sebanyak mungkin untuk melayakkan diri ke PUBG Global Championship 2022 (PGC), yang akan berlangsung di Dubai selama kira-kira tiga minggu dari 1 hingga 20 November 2022. 16 pasukan dari setiap rantau akan bertarung untuk hadiah wang terkumpul sebanyak 250,000 dolar Amerika, dimana setiap pasukan ini telah membuktikan mereka layak mendapat tempat di PUBG Continental Series 7 (PCS7) dengan mara…
PUBG Mobile Regional Clash 2022 (PMRC) adalah kejohanan pertama seumpamanya dalam ekosistem PUBG Mobile Esports berlangsung di mana pasukan teratas dari rantau China dan Asia Tenggara bersaing antara satu sama lain. PMRC menampilkan hadiah terkumpul sebanyak 30,000 dolar Amerika yang dijalankan selama 4 hari di mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 20 perlawanan. The Infinity dinobatkan sebagai juara kejohanan dengan kutipan mata sebanyak 191 mata meninggalkan pencabar utama mereka Nova Esports dari China yang hanya mampu mengutip sebanyak 162 mata. Di tempat ketiga, milik pasukan Bacon Time dari Thailand dengan pengumpulan mata sebanyak 150 mata. Malang bagi ketiga-tiga wakil negara…