Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini telah mengeluarkan senarai atlet dan acara masing-masing untuk Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022. Kontinjen Malaysia terdiri daripada 292 atlet akan menyertai 29 disiplin daripada 23 sukan termasuk esukan. Bagi acara esukan, terdapat 7 permainan dipertandingkan iaitu EA Sports FIFA, PUBG Mobile Asian Games Version, Arena of Valor Asian Games Version, Dota 2, League Of Legends, Dream Three Kingdoms 2 dan Streets Fighter V.
Pada mulanya, terdapat 8 permainan yang disenaraikan tetapi Mac yang lalu, malangnya Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menggugurkan permainan Hearthstone selepas rundingan antara Blizzard Entertainment dan NetEase gagal berkaitan hak operasi dan perkongsian.
Kotinjen esukan Malaysia akan mula beraksi di Sukan Asia Hangzhou bermula 24 September hingga 2 Oktober 2023 di Hangzhou Esports Centre, China. Hanya 4 permainan yang diwakili oleh atlet negara iaitu Arena of Valor, League of Legends, Dota 2 dan Street Fighter V. Tiada kelibat nama atlet dari permainan PUBG Mobile dan EA Sports FIFA. Berikut adalah barisan atlet mengikut permainan yang diwakili mereka;
Arena of Valor
- Chong ‘HUI‘ Han Hui
- Eng ‘HAO‘ Jun Hao
- Lai ‘LCC2‘ Chia Chien
- Nicholas Ng ‘XUAN‘ Khai Shuan
- Ong ‘MUCI‘ Jun Yang
- Yong ‘ZHANQ‘ Zhan Quan
League of Legends
- Alvin Lim ‘FELIA‘ Ming Siang
- Ang ‘ARASHI‘ Jing En
- Lee “KIRINO‘ Kaiwen
- Lim ‘LEZAR‘ Wei Lun
- Lim ‘CLAYX‘ Yew Xiang
- Tam ‘SHINE‘ See Kheing
Dota 2
- Chan ‘GHOST‘ Kok Hong
- Cheng ‘NOTHINGTOSAY‘ Jin Xiang
- Ng ‘YAMATEH‘ Wei Poong
- Thiay ‘JT-‘ Jun Wen
- Tue ‘AH FU‘ Soon Chuan
- Yap ‘XNOVA‘ Jian Wei
Street Fighter V
- Jerry ‘LACUNAC‘ Cheong Wai Meng
Biarpun permainan atau atlet mana pun yang bakal mewakili negara, teruskan sokongan anda semua kepada mereka dan diharapkan kita dapat memberikan imej positif negara dalam temasya yang diadakan empat tahun sekali ini. Jangan jadi toksik pula diruangan komen.
Sumber : Majlis Olimpik Malaysia (MOM)