Author: Piratz

EVOS Esports salah satu organisasi e-sukan yang berkolaborasi bersama pasukan Victorious In Play (VIP) membentuk EVOS VIP. Kehadiran EVOS Esports ke arena e-sukan tempatan membuka mata semua mengenai kehebatan pemain PUBG Mobile Malaysia. Walau bagaimanapun, hari ini EVOS VIP mengumumkan perpisahan mereka bersama EVOS Esports. Pihak mereka juga memberitahu mengapakah perkara ini berlaku dan ianya berkaitan dengan Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) yang akan datang. Dimana, hanya satu organisasi sahaja yang boleh beraksi di PMPL. Kemanakah haluan pasukan VIP untuk musim akan datang dan adakah mereka akan menerima penajaan baru, kita nantikan.

Read More

Fall Guys adalah salah satu permainan battle royale yang dibangunkan oleh Mediatonic. Pada awal pelancaran, permainan ini ditawarkan di Steam dan Sony PlayStation 4. Pada tahun 2021 Mediatonic diambil-alih oleh Epic Games dan mereka mengumumkan Fall Guys boleh dimuat-turun secara percuma mulai 21 Jun. Selain itu, mereka juga mengumumkan ketibaan versi PlayStation 5, Switch dan Xbox, serta penampilan sulungnya di Epic Games Store. Sejurus pengumuman itu, permainan ini dapat dimainkan dengan cross-platform sama ada anda menggunakan PlayStation, Nintendo Switch, Xbox, atau Epic Games Store. Bagi mereka yang bermain di PlayStation dan Steam yang sudah memuat-turun Fall Guys akan terus menerima…

Read More