Hari ini pihak Sony mengumumkan telah menaikkan harga PlayStation 5, berkuat kuasa serta-merta, di kebanyakan pasaran di seluruh dunia termasuk Malaysia. Harga konsol itu akan meningkat sebanyak RM200 di Malaysia, kepada RM2499, atau RM2069 untuk versi digital.
Pihak Sony menegaskan kenaikan harga adalah perlu berikutan persekitaran ekonomi global semasa dan kesannya terhadap perniagaan syarikat, menunjukkan kadar inflasi yang tinggi di peringkat global serta aliran mata wang yang buruk.
Berikut adalah perubahan harga PS5 di rantau Asia Tenggara, setakat ini:
- Malaysia
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – MYR 2,499
- PS5 Digital Edition – MYR 2,069
- Singapore
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – SGD 799
- PS5 Digital Edition – SGD 669
- Indonesia
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – IDR 9,699,000
- PS5 Digital Edition – IDR 8,199,000
- Thailand
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – THB 18,690
- PS5 Digital Edition – THB 15,690
- Filipina
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – PHP 30,790
- Vietnam
- PS5 Ultra HD Blu-ray disc – VND 15,990,000
Sumber: PlayStation Blog