Author: Piratz

Pengurus Besar Esports Indonesia (PBESI) mengesahkan kesediaan mereka untuk mengadakan acara besar Indonesia Esports Summit: Bali 14th World Esports Championships 2022 (IESF WEC). Acara esukan bertaraf dunia ini akan berlangsung di Bali dari 2 hingga 11 Disember 2022. Khusus untuk World Esports Championship, satu siri kejohanan di Bali akan menjadi kemuncak kepada siri kelayakan yang berlangsung di seluruh dunia dari Februari hingga Oktober 2022. Secara keseluruhan, lebih 1 juta atlet esukan dari 120 negara dan 5 wilayah (Oceania, Eropah, Asia, Pan America, Afrika) telah disenaraikan sebagai peserta dalam IESF WEC2022 ini. Kejohanan dunia ini mempertandingkan 6 jenis permainan popular, ini…

Read More

Aplikasi Facebook Gaming adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna mengikuti dan berinteraksi yang memfokuskan kepada kandungan berkaitan dengan pemainan. Mula diperkenalkan pada April 2022, ianya dijangka akan memberi saingan pada Twitch dan YouTube Gaming. Selain menonton strim, anda juga turut boleh melakukan penstriman dari telefon pintar ke Facebook menggunakan aplikasi ini. Hari ini, Gothalion (penstrim Twitch) berkongsi tangkapan layar pengumuman dari Facebook Gaming dimana mereka akan menamatkan aplikasi Facebook Gaming untuk Android dan iOS pada 28 Oktober 2022. Mereka juga menyatakan bahawa fungsi aplikasi itu akan dipindahkan ke aplikasi Facebook.

Read More

Discord baru sahaja menyenaraikan harga untuk langganan Discord Nitro untuk beberapa negara baru-baru ini, antaranya termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain. Dari senarai tersebut, harga langganan jauh lebih rendah berbanding terdahulu kira-kira RM44 (9.99 USD) tetapi ia kini berharga RM31.99. Discord Nitro tersedia dalam dua pilihan — Nitro dan Nitro Classic. Discord Nitro berharga RM31.99 sebulan dan RM319.99 setahun. Sebaliknya, Nitro Classic berharga RM15.99 sebulan dan RM159.99 setahun. Bagi langganan Server Boosting pula, ianya berharga RM21.99 sebulan dan RM217.99 setahun. Discord Nitro ialah perkhidmatan keahlian berbayar bagi perkhidmatan sembang permainan yang popular. Dengan langganan aktif, pengguna mendapat faedah…

Read More

Semalam Geek Fam menunjukkan penguasaan mereka di Liga Professional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH Fall 2022 dengan muncul juara di peringkat akhir kejohanan tersebut. Beraksi dengan baik di peringkat liga sehingga mendapat markah penuh bagi bonus point memberikan kelebihan kepada pasukan ini untuk meninggalkan 15 pasukan yang lain. Peringkat akhir yang dijalankan selama 3 hari pada awalnya didahului oleh pasukan SEM9 di awal carta pungutan mata. Tetapi mereka bangkit dengan merapatkan jurang mata dengan pasukan pendahulu SEM9 di hari kedua dan pada hari terakhir terus memecut meninggalkan SEM9 dengan perbezaan 47 mata. Geek Fam dibarisi oleh Irzam ‘DamRUDE’ Aman, Mohamad ‘Snipes’…

Read More

Hari ini pihak Sony mengumumkan telah menaikkan harga PlayStation 5, berkuat kuasa serta-merta, di kebanyakan pasaran di seluruh dunia termasuk Malaysia. Harga konsol itu akan meningkat sebanyak RM200 di Malaysia, kepada RM2499, atau RM2069 untuk versi digital. Pihak Sony menegaskan kenaikan harga adalah perlu berikutan persekitaran ekonomi global semasa dan kesannya terhadap perniagaan syarikat, menunjukkan kadar inflasi yang tinggi di peringkat global serta aliran mata wang yang buruk. Berikut adalah perubahan harga PS5 di rantau Asia Tenggara, setakat ini: MalaysiaPS5 Ultra HD Blu-ray disc – MYR 2,499PS5 Digital Edition – MYR 2,069SingaporePS5 Ultra HD Blu-ray disc – SGD 799PS5 Digital…

Read More

Aksesori PlayStation 5 baharu: alat kawalan DualSense Edge, varian premium dengan butang tambahan, pilihan penyesuaian dan keupayaan untuk menukar antara pra-tetapan kawalan yang berbeza. Seperti yang ditunjukkan dalam treler Gamescom Opening Night Live 2022, DualSense Edge mempunyai dua “butang belakang baharu” (di belakang kawalan analog) bersama dengan peluncur (slider) di sebelah butang trigger yang membolehkan anda mengubah jarak pergerakan dan zon mati. Tombol analog itu sendiri juga boleh ditukar. Alat kawalan akan datang dengan dua jenis butang belakang yang berbeza, dan tiga pilihan berbeza untuk tombol analog. Walaupun modul tombol analog itu sendiri boleh ditukar ganti, pilihan tersebut akan dijual…

Read More

eFootball dibuat oleh Konami, yang merupakan pembangun permainan Pro Evolution Soccer, telah mengumumkan tarikh kemas kini untuk permainan tersebut dari versi 2022 ke 2023 untuk pengguna mudah alih. Kemas kini tersebut akan boleh dimuat turun 25 Ogos 2022 serta hadir dengan beberapa tambahan dan pelarasan. Kemas kini yang akan datang akan memperkenalkan dua jenis kad pemain baharu, iaitu, Highlight dan Epic. Bagi kad Highlight ianya terdiri dari pemain terpilih yang telah mempamerkan persembahan luar biasa dalam “musim semasa” dan mempunyai mata yang lebih tinggi daripada kad Featured. Manakala kad Epic akan menampilkan pemain terkenal dahulu dan sekarang dan mempunyai mata…

Read More

Selepas kisahnya diabadikan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pahlawan Melayu Pahang legenda Mat Kilau telah dijadi wira permainan mudah alih. Mat Kilau boleh didapati di King of Nations mulai 22 Ogos 2022, berpakaian baju silat dan tengkolok manakala senjatanya adalah keris.+ King of Nations VNG ialah permainan peranan dan kad strategi berasaskan giliran (turn-based strategy) di mana anda akan bertindak sebagai tuan dalam perjalanan untuk bangkit, mengumpul wira epik dari tamadun berbeza dalam RPG unik ini. Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store. Bagi maklumat lanjut mengenai permainan King of Nations, layari…

Read More

Permainan bergenre MMORPG (massively multiplayer online role-playing games) kini telah mula menarik perhatian pemain di platform mudah alih. Bagi peminat permainan bergenre ini, Level Infinite kini menerbitkan pencabar permainan Genshin Impact iaitu Tower of Fantasy (ToF). ToF bukanlah permainan yang tidak diketahui sebelum ini. Permainan ini telah menjalani empat ujian beta dan pelbagai penambahbaikan telah dibuat sepanjang setiap ujian. Ianya dilancarkan untuk umum bermula pada 10 November di China dan ke seluruh dunia pada 10 Ogos lepas. Melalui akaun rasmi Twitter mereka, ToF memberitahu mereka telah mencapai jumlah muat turun sebanyak 10 juta. Selain dari itu, mereka juga menyatakan tentang…

Read More

Hatten Edge, anak syarikat milikan penuh Hatten Land telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Moonton Games pada 18 Ogos lepas untuk menubuhkan hub esukan bersepadu Mobile Legends di Element X Mall Melaka. Hatten Edge akan mengubah hotel itu menjadi hotel Esukan lima bintang dengan beberapa tingkat yang menempatkan bilik bertema Mobile Legends Bang Bang (MLBB). Pusat beli-belah Element X ini terletak di sepanjang dermaga selat dan mempunyai keluasan kasar 1.88 juta kaki persegi dengan ruang kedai di 13 tingkat. Tambahan, ElementX juga akan terdiri daripada hotel, lokasi kejohanan esukan, serta akses kepada metaverse melalui kemudahan di disana. Dengan kerjasama ini, kita…

Read More