Author: Piratz
TTRacing kini melancarkan koleksi terbaru yang memukau, menggabungkan elemen-elemen ikonik dari siri anime popular, Jujutsu Kaisen, dengan teknologi gaming terkini. Koleksi ini menampilkan kerusi gaming yang direka khas untuk peminat setia anime dan pemain game yang mahukan prestasi serta keselesaan terbaik. Dengan tiga model utama—Maxx – Gojo Edition, Swift X Pro – Geto Edition, dan Surge X – Toji Edition—TTRacing membawa semangat dan kekuatan sorcerer legenda ke dalam ruang gaming anda. TTRacing Maxx Gaming Chair – Gojo Edition (RM1,149) Dengan inspirasi daripada Satoru Gojo, sorcerer terkuat dalam Jujutsu Kaisen, kerusi gaming Maxx – Gojo Edition menawarkan reka bentuk yang elegan…
Berita baik untuk korang semua—pendaftaran untuk PUBG Master Series (PMS) 2025 Fasa 1 kini telah dibuka! Tahun ini, kejohanan ini akan meneruskan skala epik seperti tahun lepas, memberikan pemain pentas yang lebih mendebarkan dan kompetitif untuk menunjukkan bakat mereka. Siapa Boleh Sertai? PMS 2025 Fasa 1 Open Qualifier dibuka kepada semua pemain dari Taiwan, Hong Kong, Macau, Jepun, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, dan rantau Oceania. Jadi, kalau korang dan skuad yakin dengan kemahiran menembak, strategi yang tajam, dan gameplay yang luar biasa—ini peluang korang untuk bersinar di pentas antarabangsa! Format Kejohanan Kelayakan ke Peringkat Global PUBG Global Series APAC…
Krafton, syarikat di sebalik PUBG: Battlegrounds, telah mengumumkan spin-off terbaru mereka, PUBG: Blindspot, sebuah shooter taktikal multiplayer dengan perspektif atas-bawah (top-down). Demo percuma akan dilancarkan pada 20 Februari, sebelum Steam Next Fest bermula. Pendekatan Berbeza dari PUBG Asal Tidak seperti PUBG: Battlegrounds yang berfokus kepada battle royale, PUBG: Blindspot menawarkan pertempuran 5 lawan 5 dalam peta kecil, menjadikannya lebih pantas dan strategik. Krafton mengekalkan realisme taktikal, dengan senjata seperti Mk14, P90, serta pelbagai alat taktikal seperti bom zon biru dan dron pengintip. Ciri Unik: Garisan Penglihatan & Pemusnahan Halangan Permainan ini menampilkan sistem garisan penglihatan (line-of-sight), di mana musuh disembunyikan…
Siri permainan WWE 2K bakal kembali ke peranti mudah alih secara eksklusif melalui Netflix pada musim luruh 2025. Permainan ini boleh diakses menerusi aplikasi Netflix tanpa iklan, caj tambahan, atau pembelian dalam permainan. Ini bukan kali pertama siri WWE hadir di peranti mudah alih. Sebelum ini, WWE Smackdown vs Raw 2010 dan WWE 2K15 telah dilancarkan untuk iOS dan Android, tetapi dengan prestasi yang terhad berbanding versi konsol. Dengan keupayaan peranti moden, masih menjadi persoalan sama ada WWE 2K kali ini akan menyerupai versi konsol atau mengambil pendekatan berbeza. Netflix kini mempunyai lebih 120 permainan mudah alih, termasuk judul eksklusif…
Bersiap sedia, Survivors! Garena baru sahaja mengumumkan Peta Esports Free Fire 2025, dan tahun ini bakal jadi lebih epik dengan kejohanan global, perubahan format yang mendebarkan, serta program pembangunan bakat untuk pemain dan pencipta kandungan! Dua Kejohanan Antarabangsa – Siapa Raja Free Fire? Tahun 2025 bakal menyaksikan dua kejohanan besar di peringkat antarabangsa: Perjalanan ke Puncak Bermula April Ini! Pertandingan akan bermula seawal bulan April dengan FFWS yang berlangsung di Brazil, Latin Amerika, Asia Tenggara, Timur Tengah & Afrika, serta Pakistan. Untuk rantau kita, FFWS Asia Tenggara 2025 akan berlangsung di Hanoi (Spring) dan Bangkok (Fall). Kita juga boleh bangga…
Selepas lebih daripada satu dekad, Origin, pelancar dan kedai digital PC yang diperkenalkan oleh Electronic Arts (EA) pada tahun 2011, akhirnya akan dihentikan sepenuhnya pada 17 April tahun ini. Langkah ini diambil oleh EA setelah sekian lama menggantikan Origin dengan EA App, walaupun EA App kelihatan tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebelum pertengahan April tahun ini, pengguna Origin perlu beralih ke EA App untuk terus mengakses permainan dan data mereka. EA menyatakan langkah ini dibuat kerana “Microsoft telah berhenti menyokong perisian 32-bit.” EA App hanya menyokong Windows 64-bit. Fail simpanan permainan dalam awan akan dipindahkan secara automatik ke EA App.…
Setelah berbulan-bulan menunggu dan pelbagai spekulasi di media sosial, Nintendo akhirnya memperkenalkan pengganti konsol Switch yang telah lama dinanti-nantikan, kini secara rasmi dikenali sebagai Switch 2. Pendedahan ini dilakukan melalui video rasmi yang dimuat naik di saluran YouTube Nintendo. Video tersebut memberikan gambaran ringkas tentang rekaan baharu konsol ini. Secara keseluruhan, rekaan Switch 2 tidak banyak berubah berbanding Switch asal, namun Joy-Con yang disertakan menerima peningkatan yang ketara. Joy-Con Baharu dengan Sensor Optik Salah satu perubahan utama yang diperkenalkan ialah peningkatan pada Joy-Con. Terdapat sensor baharu pada bahagian penyambung setiap pengawal. Sensor ini kelihatan seperti sensor optik yang biasa digunakan…
ONIC Philippines, juara dunia M6 World Championship, telah memilih Joy sebagai hero untuk skin eksklusif mereka dengan kerjasama MOONTON Games. Ganjaran ini diberikan selepas kejayaan mereka di Kuala Lumpur Disember lalu. Paul Denver “Coach Yeb” Lintag Miranda berkata, “Joy melambangkan ONIC Philippines melalui kemahiran dan warnanya. Joy juga merupakan hero kegemaran K1ngkong, dan setiap kali dipilih, sorakan penonton sangat luar biasa!” Inspirasi dari K1ngkong Pemilihan Joy meraikan persembahan luar biasa Cyric “K1ngkong” Perez di M6, dengan aksi berani dan refleks pantas yang menjadi inspirasi konsep skin ini, dijangka dilancarkan akhir tahun ini. “Joy membawa kebahagiaan dan keterujaan. Kami ingin komuniti…
Kepada semua peminat Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), bersiap sedia! Kejohanan Mobile Masters, sebahagian daripada ekosistem e-sukan multi-judul terbesar dunia, Snapdragon Pro Series (SPS), akan berlangsung di Tennis Indoor Stadium Senayan, Jakarta, Indonesia pada 11 hingga 13 April 2025. Ini merupakan acara paling berprestij tahun ini, dengan 12 pasukan terbaik dunia bersaing untuk merebut gelaran juara dunia SPS MLBB pertama serta hadiah wang tunai sehingga USD $200,000! Selangor Red Giants: Wakil Kebanggaan Malaysia Dari 9 Februari hingga 2 Mac, pasukan kebanggaan Malaysia, Selangor Red Giants, akan beraksi dalam SPS Regional Challenge Finals. Mereka akan berjuang untuk mendapatkan tempat di Mobile…
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah untuk Predator League Asia Pasifik 2025 pada 11 hingga 12 Januari di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Dengan dua kejohanan utama, Valorant dan Dota 2, peminat esports dari seluruh rantau berkumpul untuk menyaksikan pasukan-pasukan terbaik bertarung merebut gelaran juara. Kejohanan Valorant: Alter Ego Bangkit Sebagai Juara Kejohanan Valorant bermula dengan Peringkat Kumpulan secara tertutup pada 9 Januari, di mana 16 pasukan bersaing untuk merebut tempat di pentas akhir. Pasukan Malaysia, Xipto Esports , bersama pasukan terkemuka seperti Team Secret dari Filipina dan CNEsports dari Korea Selatan, turut bersaing. 4 pasukan terbaik mara ke…