Syarikat Rockstar Games yang kini sedang membangunkan GTA 6 dilaporkan bakal menampilkan karakter wanita di siri Story Mode mereka.
Berdasarkan sumber dari laman web Bloomberg mengatakan bahawa pihak Rockstar Games merancang untuk melancarkan permainan tersebut dengan hanya satu bandar pada permulaan pelancaran permainan tersebut. Namun penambahan bagi bandar-bandar seterusnya akan giat dilakukan melalui kemas kini seterusnya.
Juga penambahan bagi karakter wanita yang buat pertama kali dihadirkan di bahagian Story Mode siri GTA yang sebelum ini pemain hanya boleh mengunakan karakter wanita pada versi GTA: Online sahaja.
Karakter wanita tersebut berasal dari amerika latin dan dikhabarkan watak tersebut bakal menjadi sebahagian dari pasangan perompak yang dipengaruhi dari kisah penjenayah sebenar yang dikenali sebagai Bonnie dan Clyde.