Author: Ahmad Irfan

PlayStation Studios telah mengumumkan Savage Games Studios kini telah diambil alih oleh syarikat mereka. Untuk pengetahuan anda, PlayStation Studios tidak pernah mengeluarkan sebarang permainan mudah alih setakat ini. Kerana mereka lebih memfokuskan peranti konsol dan PC yang lebih senang untuk berkembang dan juga kerana tahap kualiti permainan di peranti tersebut lebih bagus dan mempunyai komuniti yang sangat besar di seluruh dunia. Walaupun fokus utama mereka masih sama tapi dengan adanya Savage Games Studio didalam syarikat mereka, perkara ini pasti akan memberikan impak kepada industri permainan mudah alih. Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan mempunyai orang ternama di syarikat…

Read More

Syarikat Rockstar Games yang kini sedang membangunkan GTA 6 dilaporkan bakal menampilkan karakter wanita di siri Story Mode mereka. Berdasarkan sumber dari laman web Bloomberg mengatakan bahawa pihak Rockstar Games merancang untuk melancarkan permainan tersebut dengan hanya satu bandar pada permulaan pelancaran permainan tersebut. Namun penambahan bagi bandar-bandar seterusnya akan giat dilakukan melalui kemas kini seterusnya. Juga penambahan bagi karakter wanita yang buat pertama kali dihadirkan di bahagian Story Mode siri GTA yang sebelum ini pemain hanya boleh mengunakan karakter wanita pada versi GTA: Online sahaja. Karakter wanita tersebut berasal dari amerika latin dan dikhabarkan watak tersebut bakal menjadi sebahagian…

Read More

‘Career Mode’ atau mod karier kini telah menjadi sebahagian dari pelbagai mod yang dinantikan oleh peminat permainan bola sepak seperti eFootball dan FIFA. Pemain dari FIFA 22 pasti telah menyaksikan dan memainkan mod karier pada edisi kali ini dan maklum balas dari peminat mengatakan karier mod edisi kali ini adalah yang terbaik dari edisi-edisi yang sebelumnya. Walaubagaimanapun tidak dinafikan sebahagian dari peminat masih tidak puas terhadap EA dan FIFA kerana mereka masih tidak menunaikan permintaan dari peminat untuk menghadirkan mod karier didalam versi ‘Online’. Namun baru-baru ini terdapat laporan dari sumber yang dipercayai mengatakan mod karier didalam versi ‘Online’ kini…

Read More

Team Lemah dikenali sebagai pasukan yang sangat konsisten walaupun pasukan itu masih baru ditubuhkan namun telah banyak kejohanan yang berjaya dijuarai pasukan itu. Jersi tersebut adalah kombinasi antara E-sukan dan beberapa fesyen pakaian, seperti pakaian ‘streetwear’ yang kini semakin hangat di pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkan jersi tersebut di laman rasmi Facebook Team Lemah dengan harga serendah RM 95 dan tarikh jualan bermula pada 30 Jun hingga 15 Julai ini.

Read More

Mesut Özil seorang pemain bolasepak di kelab elit Turkiye iaitu Fenerbahçe S.K telah menyatakan hasrat untuk menjadi pemain profesional E-sukan? Apabila bercakap tentang pasukan bolasepak di saingan liga EPL, pasti nama Arsenal akan menjadi sebutan rata-rata peminat. Namun apabila bercakap tentang Arsenal pemain bintang ini akan terus berada didalam ingatan peminat ‘The Gunners’ dan pemain tersebut ialah Mesut Özil. Baru-baru ini ejen Mesut Özil iaitu Erkut Sogut menyatakan bahawa pemain itu berkemungkinan akan membawa diri kearah pemain profesional E-sukan setelah tamatnya karier bolasepak beliau. Katanya lagi, beliau sangat yakin bahawa Mesut Özil mempunyai bakat di permainan Fortnite dan beliau sama-sekali…

Read More

Filem yang diadaptasikan dari permainan hak milik PlayStation iaitu Grand Turismo kini didalam tahap pembikinan yang dijangka bakal dilancarkan pada Ogos 2023. Pihak ‘Sony Pictures’ yang sebelum ini juga mengeluarkan filem ‘Uncharted’ bakal mengeluarkan filem aksi langsung yang kedua dari permainan mereka iaitu Grand Turismo yang kini sudah berada di musim ke-7. Filem aksi langsung ini berkisarkan dari kisah benar, seorang remaja yang gemar bermain permainan Grand Turismo. Sehingga beliau kerap memenangi kejohanan dari permainan itu dan mempunyai hasrat untuk menjadi pelumba yang sebenar. Filem ini dijangkakan bakal menemui peminat di pawagam pada 11 ogos 2023. Jadi bagaimana menurut anda…

Read More

Permainan video dari PlayStation yang paling dinantikan dalam beberapa tahun ini pastinya dari siri God Of War. Siri permainan tersebut yang kini sudah berada di musim keempat sangat memberikan keuntungan bagi pihak pembangun. Jadi tidak hairanlah mengapa peminat tidak sabar untuk menantikan kehadiran God Of War: Ragnarok ini. Walaupun masih tiada pengumuman rasmi bagi tarikh keluarnya permainan ini selain dari jangkaan dari pihak pembangun yang menjangkakan permainan ini bakal hadir pada selewat-lewatnya tahun hadapan. Namun baru-baru ini terdapat laporan yang berlegar di komuniti, yang mengatakan permainan ini berkemungkinan akan hadir pada tahun ini. Menurut salah seorang yang biasa didalam perkembangan…

Read More