Author: Piratz
Jualan tiket awal untuk MLBB M6 World Championship akan bermula pada 5 Oktober, jam 12:00 tengahari. Peminat boleh membeli tiket untuk Grand Final dan Comeback Day (Lower Bracket Semi-Finals & Lower Bracket Finals) dengan diskaun 20% melalui platform Ticket2U. Jualan tiket awal ini akan berlangsung sehingga 7 Oktober, atau sehingga habis dijual. Comeback Day dan Grand Final akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil, lokasi yang sama dengan edisi pertama M Series lima tahun yang lalu. Acara utama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini pasti akan menarik ribuan penyokong dari seluruh dunia untuk menyokong pasukan MLBB…
Ubisoft secara rasmi telah menangguhkan pelancaran ‘Assassin’s Creed Shadows’, yang pada asalnya dijadualkan keluar pada 15 November 2024. Permainan ini menjadi tumpuan peminat kerana akhirnya memenuhi permintaan lama mereka – siri utama Assassin’s Creed yang berlatarkan Jepun Feudal. Acara khas yang sepatutnya berlangsung di Tokyo Game Show 2024 pada 26 September, di mana Ubisoft merancang untuk mempamerkan Assassin’s Creed Shadows, telah dibatalkan secara mengejut tanpa penjelasan lanjut, hanya mengatakan memerlukan lebih masa untuk perbaiki permainan tersebut. Menurut kenyataan rasmi Ubisoft, tarikh pelancaran baharu ialah pada 14 Februari 2025, ditunda selama tiga bulan. Ubisoft menyatakan keputusan ini dibuat “demi kepentingan permainan…
PUBG MOBILE kini memperkenalkan mod ranked baharu yang mendebarkan iaitu Ultimate Royale. Mod ini direka khas untuk memberikan pengalaman kompetitif yang intensif, setanding dengan kejohanan rasmi seperti PMSL atau PMGC. Bermula 23 September 2024, pemain yang telah mencapai tier Crown atau lebih tinggi dalam mana-mana mod sepanjang musim semasa atau musim sebelumnya layak untuk menyertai Ultimate Royale. Mod baharu ini menampilkan sistem mata yang unik, ganjaran eksklusif, serta ketersediaan yang terhad untuk setiap wilayah utama. Musim Ultimate Royale akan berlangsung serentak dengan musim Classic, bermula pada hari ke-14 selepas musim bermula. Pemain boleh membentuk pasukan mereka sendiri atau menggunakan ciri…
Musim 7 Honor of Kings, yang diberi nama “Architect of Fates”, membawa kemas kini besar pertama sejak pelancaran global. Kemas kini ini mengandungi 137 perubahan, termasuk lima wira baharu, penampilan baru untuk Hero’s Gorge, kolaborasi IP yang menarik, serta banyak perubahan pada keseimbangan dan sistem. Musim ini juga menandakan berakhirnya musim ke-6, di mana kedudukan pemain akan diset semula dalam permainan. Dalam musim ini juga, mereka menjanjikan dimana pemain boleh mengharapkan pengalaman permainan yang lebih menarik dan dengan penambahan wira baharu dan perubahan yang menyegarkan. Masih ada empat wira yang menjadi misteri, kerana 29 wira daripada server King’s Glory belum…
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) popular di dunia, merayakan ulang tahun ke-8 pada bulan September ini dengan acara ganjaran terbesar tahun ini! Kumpulkan rakan-rakan anda untuk pelbagai kejutan, termasuk skin edisi terhad “Marvellous Maestro” dan tiga skin Epic percuma, serta kemunculan hero baru, Suyou! Skin edisi terhad 8th Anniversary untuk Akai, “Marvellous Maestro”, menanti anda! Dari 27 September hingga 27 Oktober, acara Carnival Adventure: Monopoly membolehkan pemain mengumpul Dream Coins dengan setiap lemparan dadu, yang boleh ditukar dengan skin Panda Warrior dan ganjaran bertema ulang tahun yang lain. Dapatkan tiga skin Epic percuma dan…
Riot Games telah mengesahkan bahawa lagu terbaru Linkin Park, ‘Heavy is the Crown’, akan menjadi lagu tema bagi League of Legends World Championship (LoL) tahun ini. Lagu tema LoL Worlds biasanya menjadi salah satu lagu profil tinggi yang meraih ratusan juta pendengar di pelbagai platform dalam talian. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa artis terbesar dunia telah menyumbangkan bakat dan profil mereka untuk Kejohanan Dunia League of Legends. Untuk edisi sebelum ini, NewJeans kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu juga menyumbangkan lagu tema untuk kejohanan tersebut. ‘Heavy is the Crown’ adalah salah satu lagu terbaru Linkin Park yang diambil daripada…
Menjelang permulaan M6 World Championship, pentas kemuncak terbesar Mobile Legends Esports bakal adanya perubahan besar dengan menggugurkan peringkat kumpulan dan menggantikannya dengan format Swiss untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan playoff. Enam belas pasukan akan bertanding dalam fasa ini, di mana lapan pasukan akan disingkirkan daripada kejohanan. Ianya disampaikan melalui satu video yang dikongsikan oleh pihak MLBB eSports di YouTube semalam. Apa yang anda perlu tahu mengenai Swiss Format Dengan Swiss Format, setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan lain dengan matlamat untuk meraih tiga kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan playoff. Namun, jika sesebuah pasukan mengalami tiga kekalahan, mereka…
PlayStation telah melancarkan Koleksi Ulang Tahun PlayStation sebagai pengiktirafan terhadap 30 tahun konsol Sony, termasuk edisi khas PlayStation 5 yang sangat membawa nostalgia. Konsol PlayStation pertama kali muncul pada Disember 1994, menandakan 30 tahun sejak syarikat permainan video milik Sony ini mula mencipta sejarah. Sejak pelancaran tersebut, syarikat ini telah mengeluarkan lima generasi konsol (dengan pelbagai peningkatan dan edisi di antaranya), dengan PS5 menjadi yang terkini. Sebagai meraikan ulang tahun tersebut, PlayStation memperkenalkan Koleksi Ulang Tahun ke-30, termasuk konsol edisi terhad digital dan fizikal. Koleksi ini didatangkan sebagai pakej, termasuk PlayStation 5 Pro Console – Pakej Edisi Terhad Ulang Tahun…
Kejuaraan Honor of Kings 2024 semakin dekat, dengan lebih banyak pasukan meraih tempat di edisi sulung kejohanan dunia ini yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia. Berbeza dengan Honor of Kings Invitational: Midseason, pasukan dari KPL tidak akan menyertai kejohanan ini kerana mereka akan bertanding di King Pro League Grand Finals 2024. Dalam pusingan kelayakan Malaysia yang berlangsung secara dalam talian, Nova Esports menunjukkan kekuatan luar biasa, hanya tewas sekali dalam pertemuan mereka dengan Team Secret. Team Secret pula melalui perlawanan akhir lower bracket yang sengit menentang WBG.SEM9 untuk meraih slot terakhir dengan kemenangan 3-2. Honor of Kings Championship 2024 menawarkan…
PUBG MOBILE, permainan battle royale mudah alih paling popular di dunia, meneruskan tradisi merayakan Hari Malaysia dengan penambahan pek suara dialek baharu ke dalam permainan. Tahun ini, pemain dapat merasai kekayaan budaya Malaysia melalui penambahan dialek Negeri Sembilan, Perak, dan Sarawak. Bagi mereka yang menyukai pek dialek tempatan tahun lalu, iaitu dari Sabah, Kedah, dan pantai timur (Kelantan dan Terengganu), berita gembira untuk anda — tiga dialek wilayah baharu kini menyertai medan perang. Untuk menambah suasana perayaan, PUBG MOBILE juga memperkenalkan kembali set pakaian dan senjata Nasi Lemak dan Roti John yang popular untuk waktu terhad. Hidangan ikonik Malaysia ini…