Tencent meningkatkan pegangan sahamnya di Ubisoft dengan pelaburan €300 juta (~RM 1.33 bilion) dalam Guillemot Bros, syarikat yang dikendalikan oleh pengasas bersama Ubisoft. Tencent kini mempunyai 49.9 peratus kepentingan dalam Guillemot Bros., yang mempunyai kepentingan terbesar dalam Ubisoft.
Dengan perjanjian baharu ini, Tencent telah dibenarkan untuk menggandakan pegangannya dalam Ubisoft kepada 9.99 peratus, manakala Guillemot Bros.’ pegangan dalam Ubisoft boleh mencapai 29.9 peratus. Tencent dan Guillemot Bros. boleh memiliki sebahagian besar saham Ubisoft, kerana ianya didominasi oleh keluarga Guillemot dan Tencent.
Dengan pelaburan ini, kami berharap ianya akan membantu pihak Ubisoft memperkenalkan beberapa permainan mereka untuk peranti mudah alih. Tencent juga baru-baru ini telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam FromSoftware iaitu pembangun permainan Elden Ring, bersama-sama dengan Sony.