Kehadiran tahun 2023, banyak pemainan mudah alih dirancang akan dikeluarkan tahun ini. Pada tahun lalu, kita dihidangkan dengan beberapa permainan hebat pada platform mudah alih, beberapa daripadanya menarik minat semua pengguna. Bagi tahun 2023 juga akan menyaksikan keluaran berbilang permainan baharu. Dalam senarai ini, kami akan berkongsi senarai permainan mudah alih yang kami amat nantikan di tahun 2023.
Valorant Mobile
Valorant telah menjadi salah satu permainan paling banyak dimainkan dimana ianya dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. Permainan ini telah menerima sokongan besar daripada komuniti permainan PC dan ura-ura mengatakan ianya akan memasuki arena mudah alih. Anda boleh mengharapkan untuk melihat karakter, peta dan senjata yang sama dalam versi mudah alih seperti beberapa spekulasi yang kami ada kongsikan sebelum ini. Dengan peningkatan permainan dan acara yang melibatkan permainan mudah alih, Valorant mobile pastinya boleh bertukar menjadi salah satu permainan mudah alih popular apabila ianya dilancarkan. Tiada tarikh keluaran yang disahkan telah diumumkan lagi.
Rainbow Six Siege Mobile
Rainbow Six Siege akan menjadi satu lagi keluaran permainan mudah alih Ubisoft yang dijadualkan pada 2023. Versi mudah alih permainan ini dijangka mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan versi PC dan konsol permainan tersebut. Ubisoft telah pun memulakan prapendaftaran untuk permainan itu, yang kini dijangka mempunyai tarikh keluaran pertengahan hingga lewat 2023. Versi beta juga telah dilancarkan untuk beberapa buah negara, tetapi ianya masih belum dijalankan di Malaysia.
Honor of Kings
Walaupun versi yang lain dikeluarkan di Malaysia, iaitu Arena of Valor, Honor of Kings telah mencapai status legenda dalam dunia permainan mudah alih, walaupun hanya tersedia di China. Dengan rekod hadiah terkumpul tertinggi buat permainan mudah alih dan apa yang mengagumkan ialah ia telah mencapai pencapaian ini dengan hanya mengambil kira hasil yang dibuat di China. Permainan ini ada dilancarkan di negara lain, tetapi untuk pasaran tempatan, masih belum diketahui bilakah ianya akan dibuka kepada umum.
Call of Duty: Warzone Mobile
Activision telah mengumumkan bahawa akan menerbitkan Call of Duty: Warzone Mobile.Untuk Call of Duty: Warzone 2.0 ianya sudah tersedia di PS4, Xbox One, PS5, Xbox Series S|S dan PC. Tak berhenti sampai di situ saja, gamers mobile juga akan mendapat pengalaman serupa dengan hadirnya Call of Duty: Warzone Mobile. Permainan ini kini tersedia untuk prapendaftaran pengguna dan dikhabarkan akan dilancarkan sekitar bulan Mei 2023. Rakaman daripada versi ujian alfa dan beta permainan itu telah pun dikeluarkan kepada umum dan apa yang boleh kami katakan ialah bahawa permainan ini sememangnya akan menjadi permainan yang hebat jika Activision mengekalkan tahap produktiviti itu.
Arena Breakout
Permainan Arena Breakout menawarkan pemain untuk mengawal seorang askar di medan pertempuran dengan matlamat utama untuk bertahan dalam medan pertempuran yang bahaya dan perlu menyelamatkan dirinya. Permainan ini memerlukan pemain beberapa cabaran sukar di mana mereka perlu merancang cara taktikal strategik untuk melarikan diri atau merancang serangan ke atas musuh mereka. Arena Breakout boleh dikatakan sebuah permainan yang diilhamkan oleh permainan popular di PC; Escape from Tarkov.
Dijangkakan bahawa selepas ujian beta selesai, permainan itu akan dikeluarkan di China dan akhirnya di seluruh dunia. Sehingga kini, rancangan masa depan permainan masih tidak diketahui. Ia mungkin akan diumumkan sebaik sahaja fasa ujian permainan tamat dan dikeluarkan kepada umum. Sehingga itu, kami hanya boleh berharap bahawa tajuk itu berjaya dan membawa permainan mudah alih ke peringkat seterusnya.