Honor of Kings hari ini mengumumkan kolaborasi khas bersama siri anime popular DAN DA DAN bermula 1 hingga 31 Ogos ini. Kolaborasi ini membawakan pelbagai kandungan bertemakan ghaib termasuk skin watak, acara khas, dan ganjaran percuma.
Menerusi acara ini, pemain boleh mendapatkan beberapa skin watak utama anime tersebut seperti:
- Daji (Momo) – Boleh ditebus di Redemption Shop.
- Lam (Okarun) – Menerusi Wish Event (1–31 Ogos).
- Mozi (Jiji – Evil Eye) – Menerusi Wish Event (bermula 7 Ogos).
- Item Tambahan – Turbo Granny Minion (1 Honor Crystal), Helmet Flowborn (20 Ogos), dan Chiquitita Spriteling menerusi cabutan Golden Eggs (14–31 Ogos).
Pemain juga boleh menyertai acara Investigation untuk menerokai lokasi UFO serta Spiritual Power Awakening yang membolehkan pemain bermain sebagai Okarun untuk menyelamatkan Momo bagi mengumpul Redemption Coin.
Bersama-sama kolaborasi ini, kemas kini pertengahan musim turut diperkenalkan dengan pelarasan beberapa hero. Antaranya Arthur yang kini boleh melakukan dash Skill 1 tanpa sasaran, kelajuan kemahiran Ao’yin yang mengikut Attack Speed, serta peningkatan jarak dan kerosakan bagi kemahiran Zilong. Hero lain seperti Yang Jian, Cai Yan, Dun, Wuyan, dan Zhuangzi turut menerima pelarasan imbangan.


