Kabar gembira untuk pemain yang selalu masalah memori telefon penuh! Producer PUBG Mobile, Rick Li, telah mengumumkan kehadiran PUBG Mobile Light—versi baharu yang direka khas untuk menjimatkan ruang simpanan telefon tanpa mengurangkan kualiti permainan.
Berbeza dengan PUBG Mobile Lite sebelum ini yang membuang banyak ciri dan mengecilkan peta, PUBG Mobile Light keluaran Lightspeed Studios ini mengekalkan pengalaman asal secara penuh. Pemain masih boleh bermain di peta Erangel, menikmati gaya tempur yang sama, dan membawa masuk semua skin atau kosmetik dari akaun asal.
Kelebihan Utama PUBG Mobile Light:
- Saiz Lebih Ringan: Versi Android cuma perlukan ruang sekitar 1 GB, manakala iOS sekitar 2 GB. Pemain juga boleh pilih kandungan apa yang nak dimuat turun.
- Satu Ekosistem (Boleh Mabar): Pemain versi Light tetap boleh main sekali (mabar) dengan rakan-rakan yang guna aplikasi PUBG Mobile biasa.
- Kemaskini Serentak: KANDUNGAN dan update baharu akan dikeluarkan serentak dengan versi utama.
Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, PUBG Mobile Light dijadualkan keluar pada tahun 2026. Prapendaftaran akan dibuka di Google Play Store dan App Store bermula 25 Ogos.


