Kejohanan Free Fire bakal memperkenalkan struktur kelayakan baharu bagi rantau Asia Tenggara bermula tahun 2027. Di bawah format terkini ini, liga FFWS Southeast Asia (SEA) tidak lagi dianjurkan, sekali gus memberi laluan lebih terus kepada pasukan tempatan dari liga domestik ke FFWS Global Finals.


Rantau Asia Tenggara kekal menerima lapan (8) slot ke pentas dunia, dengan tujuh slot diberikan secara terus melalui liga tempatan dan satu slot menerusi pusingan Last Chance Qualifier (LCQ):
- 6 Slot Terus: Juara dan naib juara FFWS Indonesia, Thailand, dan Vietnam.
- 1 Slot Terus: Juara FFWS Malaysia.
- 1 Slot LCQ: Perebutan antara 12 pasukan (tangga ke-3 hingga ke-5 dari Indonesia, Thailand, Vietnam, serta tangga ke-2 hingga ke-4 dari Malaysia).
Selain format baharu, empat liga tempatan ini bakal menawarkan jumlah hadiah terkumpul keseluruhan sebanyak USD 1.4 juta merentasi dua musim pada tahun 2027. Khusus buat kancah tempatan, FFWS Malaysia akan menampilkan hadiah terkumpul sebanyak USD 100,000 per musim.


Maklumat lanjut mengenai jadual dan format pertandingan akan diumumkan kelak.


