Semasa Xbox & Bethesda Showcase di Summer Game Fest, Riot Games mengumumkan League of Legends dan Wild Rift akan tiba di Xbox Game Pass dalam masa terdekat. Dengan penawaran tersebut, ahli Game Pass akan diberikan akses kepada semua watak (Champion) untuk kedua-dua permainan tersebut.
Selain itu, mereka juga memberikan akses kepada semua 18 watak (Agent) untuk permainan Valorant tanpa bayaran tambahan atau perlu bermain terlebih dahulu.
Untuk permainan kad strategi Legends of Runeterra, ahli Game Pass akan mendapat Set Asas (Foundations Set), atau kad pertama yang dikeluarkan untuk permainan itu, tanpa sebarang kos. Akhirnya, ahli Game Pass akan mendapat akses avatar Tier One Little Legend untuk Teamfight Tactics pada PC dan mudah alih.
Walau bagaimanapun, penawaran Game Pass ini tidak akan berlaku serta-merta. Riot Games dan Xbox akan mendedahkan lebih banyak informasi dalam beberapa bulan akan datang.
1 Comment
Pingback: Peta ‘Split’ Akan Dibuang Dari Valorant – Arked MY