Orange Esports melepaskan kesemua pemain Mobile Legends (MLBB) mereka. Perkara itu diumumkan secara rasmi di laman Facebook milik mereka sebentar saja tadi.
Walaupun bahang MSC 2022 masih terasa, namun perkara yang tidak dijangka oleh peminat esukan di Malaysia dengan pengumuman oleh Orange Esports dan ianya menjadi tanda tanya buat segelintir peminat mereka.
Dengan tamatnya perjalanan kami di MSC 2022, begitu juga lah perjalanan players-players tersebut bermain sebagai Orange Esports. Walau bagaimanapun, ini bukanlah pengakhiran cerita mereka dalam esports.
Orange Esports
Permulaan yang baik bagi pasukan ini dipentas MPL MY yang lalu walaupun tidak dapat menjulang piala kejohanan, namun mereka berjaya membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang kuat dan mampu memberi saingan pada pihak lawan.
Orange Esports yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Playoffs pada MSC kalini dan mereka berjaya menundukkan pasukan RSG SG 2-1 di peringkat upper bracket. Namun kemenangan itu berjaya diremukkan setelah mereka bertemu dengan sang juara MSC musim ini iaitu RSG PH.
Walaupun mereka tewas, pujian harus diberikan buat pasukan ini kerana dengan barisan pemain-pemain yang masih baru, mereka telah berjaya menundukkan dan memberi saingan yang begitu hebat buat lawan mereka.
Semoga mereka semua dapat memberi saingan di musim yang akan datang dan selamat maju jaya buat Orange Esports dan juga bekas pemain mereka.
Kemaskini: 21/06/2022
Selepas 4 bulan dipinjamkan kepada Orange Esports, mereka pulang ke pasukan asal iaitu Team Haq seperti yang diumumkan oleh organisasi tersebut. Dalam pada masa yang sama, pasukan ini sedang mencari Goldlaner yang baru. Jika anda mempunyai minat untuk mencuba, boleh memohon melalui pautan ini.