Seperti artikel kami sebelum ini, pusingan kelayakan bagi MPL Malaysia Musim 10 kini dibuka. Pendaftaran bagi pusingan kelayakan MPL Malaysia Musim ke 10 (MPLMY S10) dibuka sehingga 3 Julai 2022. Adakah anda berminat untuk mencuba nasib di pusingan kelayakan ini?
Ini adalah 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum mendaftar bagi pusingan kelayakan MPLMY Musim 10;
- Pemain perlulah berumur 16 tahun keatas untuk dikira layak menyertai pertandingan ini.
- Setiap pasukan perlu mempunyai 6 pemain minimum dan 10 pemain maksimum.
- Nama dalam permainan (IGN) hanya boleh mengandungi aksara Inggeris, nombor atau ruang tunggal antara perkataan sahaja. Panjangnya hendaklah diantara 4 hingga 12 aksara.
- Aplikasi Discord adalah medium komunikasi utama antara pasukan dan penganjur.
- Pasukan yang mendaftar perlu menyenaraikan sekurang – kurangnya 60% pemain yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia dalam keseluruhan pasukan. Kesemua ahli pasukan mesti menetap di Malaysia
- Pasukan yang layak ke pusingan 8 Teratas perlu menyediakan logo pasukan.
- Logo Pasukan dan Nama Pasukan tidak boleh menggunakan mana-mana logo atau nama yang mempunyai sebarang isu hak cipta.
- Semasa pusingan 8 Teratas, pasukan perlu menyediakan kamera web dan mesti berada dalam saluran panggilan pasukan mereka di aplikasi Discord. Sudut kamera web mesti dilaraskan untuk menunjukkan wajah pemain dan permainan yang ditunjukkan pada peranti mudah alih. Pemain dilarang membisukan komunikasi mereka dan mematikan kamera semasa panggilan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan akan menyebabkan kehilangan kelayakan serta-merta.
- Setiap organisasi dibenarkan untuk mempunyai sebuah pasukan sahaja mewakili mereka di MPLMY S10. Jika dikesan memiliki lebih dari satu pasukan, mereka akan hilang kelayakan daripada kejohanan.
- Pasukan mesti mengekalkan senarai pemain yang didaftarkan semasa pusingan Kelayakan MPLMY S10 sehingga jendela perpindahan pertama MPLMY S10 dibuka.
Dibawah adalah dokumen yang anda boleh ketahui dan baca. Sila rujuk untuk informasi yang lebih terperinci.