April yang lalu, KHI Esports melepaskan kesemua barisan pemain PUBG Mobile mereka sebaik sahaja PMPL MYSGPH Spring 2022 tamat. Pasukan yang dibarisi oleh Rankid, Demigod, Monboy, Damaso dan H2R gagal mendapat kedudukan yang baik di PMPL serta di Sukan SEA yang lalu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menunjukkan kehebatan mereka dengan Rankid, Demigod dan Monboy terpilih sebagai pemain PUBG Mobile untuk negara Filipina di Sukan Asia akan datang.
Hari ini, satu kiriman di akaun Facebook Hyve International mengatakan mereka akan beraksi di PMPL MYSGPH Fall 2022. Ini menguatkan lagi ura-ura yang mengatakan mereka akan mengambil-alih slot KHI Esports kerana mereka dilihat bermain bersama-sama pasukan PMPL MYSGPH yang lain di scrim. Pasukan yang dibarisi oleh 4thRow, Edoten, Blankz, Vigor dan Tyra sebelum ini menduduki tangga ke 7 semasa pusingan kelayakan PMPL MYSGPH – Filipina. Beberapa pemain iaitu Blankz dan 4thRow pernah bermain bersama Onic Philippines, manakala Vigor pernah bersama Blacklist International di PMPL SEA Finals Musim 1.
Adakah kehadiran pendatang baru di PMPL MYSGPH ini akan memberikan keputusan yang membanggakan untuk peminat PUBG Mobile di Filipina? Sama-sama kita nantikan. Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dari pihak KHI Esports atau PUBG Mobile mengenai perkara ini.