Mulai hari ini, Xbox Insiders terpilih akan dapat bersembang dengan sesiapa sahaja di Discord melalui saluran suara atau panggilan kumpulan terus daripada konsol Xbox Series X/S dan Xbox One.
Menurut Microsoft kemas kini itu akan membolehkan pengguna Discord berhubung merentasi Xbox, peranti mudah alih dan PC. Ianya akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang dan tersedia kepada semua orang tidak lama lagi.
Sumber: [Discord Blog], [Xbox News]