Laman yang menyediakan perkhidmatan atas talian seperti Steam, Epic Games, Battlenet, dan PayPal disekat oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia (Kominfo).
Ini berdasarkan peraturan yang diperkenalkan dimana ia memerlukan perkhidmatan internet tempatan dan antarabangsa mendaftar secara rasmi sebagai Penyedia Sistem Elektronik (PSE), bagi tujuan keselamatan siber dan perlindungan pengguna, bermula 24 November 2020. Kegagalan untuk mematuhi akan mengakibatkan larangan operasi di negara tersebut.
Beberapa perkhimatan permainan seperti EA, Ubisoft, dan Nintendo juga kelihatan tidak mendaftar, tetapi dari info yang kami dapat ianya masih boleh diakses.