Vampire Esports memperoleh takhta kejuaraan mereka sebagai juara PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2022. Pasukan dari Thailand tersebut mempamerkan persembahan yang menakjubkan walaupun pada hari kedua mereka berada ditempat ke 4 dengan perbezaan 31 mata dengan naib juara Team Falcons iaitu wakil tuan rumah. Pada hari terakhir kejohanan Vampire Esports bangkit dengan mendapatkan 2 WWCD dan seterusnya dinobatkan sebagai juara dengan kutipan mata sebanyak 220 mata keseluruhan meninggalkan Team Falscons yang hanya berjaya mengutip 197 mata.
Tempat kedua milik pasukan tuan rumah,Team Falcons, diikuti Stalwart Esports ditempat ketiga, seterusnya Nigma Galaxy dan Damwon KIA Esports masing-masing tempat ke-4 dan ke-5. Wakil negara, 4Rivals menamatkan perlawanan di tempat ke-13 dengan kutipan mata 101 dan membawa balik wang hadiah sebanyak 27,500 dolar Amerika (kira-kira RM122 ribu).
Bagi anugerah individu, terdapat 5 kategori dipertaruhkan. Bagi MVP ianya milik Action dari Stalwart Esports. Stoned (Mike) dari Vampire Esports mendapat gelaran Gunslinger dengan 31 mata singkir, dan rakan sepasukan SchwepXz (Wave) mendapat anugerah Grenade Master. Bagi anugerah Eagle Eye dimenangi oleh Hector dari Team SouL dan GZ dari Regans Gaming menerima anugerah Field Medic.
5 pasukan teratas akan meneruskan perjalanan di PMWI 2022 dimana mereka akan beraksi di PMWI 2022 – Afterparty Showdown bersama 7 pasukan lain seperti Bigetron Red Aliens, dan Alpha7 Esports.