Seorang streamer dan juga penggemar permainan video Dota 2 telah di sekat oleh valve gara-gara melakukan “smurfing” semalam.
Beliau yang dikenali sebagai meepgor_off semalam terdiam seketika apabila permainan dota yang dimainkan olehnya itu terkeluar ke halaman utama secara tiba-tiba.
Valve mengenakan hukuman sekatan selama 16 tahun bermula semalam hingga 19/01/2038. Dengan adanya hukuman yang setimpal sebegini, ini dapat menyedarkan kepada pemain-pemain lain supaya tidak sesekali melakukan kesalahan yang sama seperti ini.
Bagi yang masih tidak tahu apa itu “smurfing”, ianya bermaksud pemain-pemain pro ataupun pemain yang sudah berada di pangkat tertinggi dan mempunyai kebolehan tersendiri itu menggunakan akaun baru untuk bermain di peringkat yang rendah.
Seperti yang kita tahu, pemain diperingkat yang rendah ini kemampuan mereka tidaklah seperti pemain yang berada diperingkat yang lebih tinggi. Sudah pasti pengalaman mereka masih lagi kurang berbanding mereka yang sudah bergelar “pro”.
Keburukkan melakukan “smurfing” juga dapat mecacatkan ekosistem “matchmaking” didalam setiap permainan. Diharapkan kejadian sebegini rupa tidak terjadi lagi, mahupun Dota ataupun permainan yang lain.