Pada 27 Julai yang lalu, EA Esports telah mengumumkan bahawa tarikh bagi FIFA 23 dikeluarkan telah ditetapkan pada 30 September 2022 menerusi satu klip video yang dimuat naik di saluran YouTube milik mereka.
Video itu memaparkan akan pembaharuan yang dibuat pada edisi kali ini.
Namun sebaliknya terjadi apabila ada pengguna Xbox dapat memuat turun dan mengakses FIFA 23 lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pembangun. Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dan ada yang membuat bantahan terhadap EA Esports.
Semalam pihak pembangun telah menjelaskan berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan oleh komuniti FIFA 23.
Pihak EA Sports telah menyatakan bahawa mereka ada melakukan sedikit kesilapan dengan membenarkan sebahagian pemain dapat mengakses permainan itu.