Jika anda menonton PUBG MOBILE Pro League MYSGPH Fall 2022 lalu, pasti akan sudah mengetahui akan ketibaan peta baharu bernama Nusa dalam kemaskini yang akan datang. Nusa adalah sebuah pulau tropika yang dikelilingi oleh tebing tinggi dan hamparan pantai. Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati seperti rumah besar di tengah pulau, belon udara panas, kincir angin, roda ferris (ferris wheel), hinggalah ke gua-gua tersembunyi. Nama peta yang diambil dari perkataan “Nusantara” ini direka berdasarkan keindahan pulau Bali di Indonesia.
Nusa ialah peta ketujuh yang diperkenalkan di permainan PUBG MOBILE, bersama-sama peta Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin dan Sanhok. Ia adalah peta terkecil yang ditambahkan pada permainan yang menampilkan nisbah 1×1KM dan berkapasiti pemain sebanyak 32 dalam satu masa. Jika ingin dibandingkan dengan saiz peta yang lain, saiz Nusa ini adalah separuh daripada peta Livik dan Karakin. Hari ini pihak PUBG Mobile Esports Malaysia ada berkongsi video teaser mengenai peta baru ini.
Peta ini juga mempunyai beberapa ciri unik, seperti –
- Lif – Pemain boleh menggunakan lif ini untuk menjejakkan kaki mereka di mana-mana tingkat yang mereka mahu, sama seperti lif standard.
- Auto Recall – Lima belas saat selepas kematian mereka, pemain akan dibawa balik secara automatik jika salah seorang rakan sepasukan pemain masih hidup dalam permainan.
- Zipline – menampilkan rangkaian zipline yang boleh digunakan untuk perjalanan jarak dengan cepat seperti di peta Livik.
- Kolam Mistik – Nusa akan menampilkan kolam yang serupa dengan Kolam Air Panas pada peta Livik.
- Peti Barangan – Sama seperti peta Livik, Nusa akan menampilkan peti barangan secara rawak di seluruh peta.
Anda boleh tonton video dari YouTuber ‘BangAlex’ yang menjelajah peta baru ini. Kemungkinan beberapa perubahan yang dilakukan untuk versi penuh nanti.