Ubisoft kini menjemput pemain untuk mendaftar dan mencuba ujian beta “versi awal” Rainbow Six Mobile. Walaupun ingin menekankan bahawa peranti mudah alih dalam “ujian ini tidak mewakili senarai akhir peranti untuk pelancaran” dan bahawa “kandungan dan kualiti permainan masih dalam proses”, pembangun/penerbit mengatakan beta tertutup dilancarkan secara langsung di negara terpilih: Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Filipina, Singapura dan India. Malangnya, tidak menyenaraikan negara Malaysia sebagai salah satu negara pilihan atau pemain dengan peranti Apple boleh terlibat bersama-sama.
Permainan “first-person shooter” taktikal ini adalah percuma dan pemain bertanding antara satu sama lain dalam perlawanan 5v5, atau “Serangan vs Pertahanan”. Seperti namanya, penyerang perlu mendapatkan maklumat mengenai musuh mereka dengan menggunakan dron atau menerusi “dinding, lantai atau siling” bangunan. Sementara itu, mereka yang berada dalam pasukan pertahanan perlu memastikan intel mereka selamat dengan menggunakan kamera pengintip dan perangkap.
Untuk pengguna di Malaysia anda boleh mendaftar bagi mendapatkan peluang untuk mencubanya, daftar di Google Play melalui pautan dibawah.