Acara kemuncak bagi arena kompetitif permainan FreeFire iaitu Free Fire World Series (FFWS) 2022 telah diumumkan oleh pihak Garena yang berlangsung pada November ini di Bangkok, Thailand. Kejohanan kedua FFWS 2022 akan diadakan berjalan dalam 2 fasa, Peringkat Play-in akan berlangsung pada 25 November dan Peringkat Akhir pada 26 November.
Pada bulan Mei lalu, pasukan Farang Esports dan Todak beraksi di arena FFWS 2022 Sentosa yang berakhir dengan pasukan Attack All Around dari Thailand memenangi gelaran dan dinobatkan sebagai juara. Untuk edisi FFWS sebelum ini dimenangi oleh pasukan Corinthians dari Brazil (FFWS 2019 Brazil), Phoenix Force (FFWS 2021 Singapore). Dua edisi FFWS sebelum ini dibatalkan atas alasan penularan Covid-19.
FFWS 2022 Bangkok akan menjadi edisi keempat kejohanan global yang paling ditunggu-tunggu, yang menghimpunkan pasukan terbaik seluruh dunia. Kelayakan untuk FFWS akan diadakan di beberapa wilayah, dengan pasukan teratas mendapat peluang untuk bersaing merebut gelaran yang diidamkan. Di Malaysia, pusingan kelayakkan telah pun bermula , dimana juara MCPS (Malaysia/Cambodia/Philippines/Sri Lanka) Majors Musim 4 akan menerima jemputan terus ke Peringkat Akhir FFWS 2022 Bangkok ini. Manakala, naib johan perlu bermain di Peringkat Play-in FFWS 2022 Bangkok bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir.
MCPS Majors Musim 4 ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 70,000 dolar Amerika dan disertai oleh 18 pasukan. Peringkat liga berlangsung bermula 3 hingga 25 September 2022 dan Peringkat Akhir pada 8 & 9 Oktober 2022. Anda boleh mengikuti perkembangan MCPS Majors Musim 4 di akaun sosial media FreeFire Malaysia.
Laman Rasmi – https://www.ffesports.com/MY/en/
Facebook – https://www.facebook.com/freefiremalaysia
Instagram – https://www.instagram.com/freefiremalaysiaofficial
Tiktok – https://www.tiktok.com/@freefiremalaysiaofficial
YouTube – https://www.youtube.com/c/GarenaFreeFireMY
Twitter – https://twitter.com/FFMYOfficial