Sebilangan imej VALORANT Mobile telah tersebar di kalangan peminat permainan mudah alih pada 19 september yang lalu.
Menerusi laman twitter milik Valorant Mobile Intel, gambar yang tersebar tersebut diambil daripada “Play Store” dan disebarkan di laman twitter milik beliau.
Gambar “Login Screen & Lobby Menu” yang tersebar itu tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan VALORANT di PC.
Selain itu, akaun twitter yang dikenali sebagai @DannyINTEL telah menyebarkan imej yang menunjukkan bahawa VALORANT Mobile kini sudah berada di Google Play Store. Dikatakan juga hanya pemain yang terpilih sahaja dapat bermain VALORANT Mobile versi percubaan.
Ada juga yang mengatakan bahawa VALORANT Mobile akan dilancarkan di wilayah asia terlebih dahulu dek kerana pemain dan juga pengguna di benua ini lebih gemar bermain permainan mudah alih.