Kejohanan esukan Hari Sukan Negara telah pun melabuhkan tirainya. Setelah dua hari kejohanan ini dijalankan kini ianya telah sampai ke penghujungnya.
Tahniah buat pasukan Selangor telah berjaya menjadi juara edisi PUBG Mobile peringkat kebangsaan ini. Mereka berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM3,000 ringgit.
Pasukan ini berjaya mengutip 126 mata keseluruhan setelah sepuluh perlawanan dimainkan.
Manakala naib johan pula jatuh kepada pasukan Pahang dan mereka berjaya membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM2,000 ringgit. Sebanyak 109 mata keseluruhan berjaya diperolehi oleh pasukan ini.
Tempat ketiga pula berjaya dimenangi oleh pasukan Kuala Lumpur. Mereka berjaya membawa pulang RM1,000 hadiah wang kemenangan dan mata keseluruhan mereka sebanyak 104 mata.
Tempat keempat hingga kelapan masing-masing akan membawa pulang sebanyak RM300 ringgit untuk setiap pasukan.
Tahniah juga buat semua kontijen yang menyertai kesemua edisi kejohanan yang dianjurkan oleh:
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
JBSNegara
Malaysia Esports Federation