September lalu, kami ada menulis mengenai permainan PUBG Mobile akan berkolaborasi bersama dengan animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Dari sidang media yang berlangsung hari ini, akhirnya apakah kandungan yang akan dibawakan didalam permainan PUBG Mobile. Kerjasama PUBG Mobile x BoBoiBoy akan dibahagikan kepada dua fasa, pada Oktober 2022 dan Januari 2023.
Untuk Fasa 1 (10 – 31 Oktober 2022) ianya akan menumpukan pada acara dalam permainan. Fasa 1 telah bermula di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Hong Kong. Di Fasa 1, pemain boleh mendapatkan barangan eksklusif BoBoiBoy seperti beg galas, topi keledar, payung terjun, perhiasan, semburan grafiti dan bingkai avatar melalui acara Elemental Rush. Pemain perlu mengumpul dan menggabungkan 7 elemen teras bagi membolehkah mereka menebus barangan eklusif tersebut.
Fasa 2 akan memberi lebih tumpuan kepada pengenalan watak dimana PUBG Mobile akan mengeluarkan dua watak eksklusif iaitu BoBoiBoy dan Fang. Selain itu, PUBG Mobile juga akan melakukan pertandingan pencarian suara untuk untuk watak eksklusif BoBoiBoy dan Fang. Pek suara BoBoiBoy, Adu Du dan Fang juga dilihat akan tiba awal tahun 2023.