Malaysia Esports League (MEL) ialah platform pertandingan inklusif untuk bakat baharu di bawah Pelan Strategik Pembangunan Esports yang diperkenalkan oleh KBS. Ianya menampilkan pelbagai jenis permainan termasuk PUBG Mobile, Mobile Legends, Free Fire dan banyak lagi dengan jumlah hadiah berjumlah RM 299,500.
Sebentar tadi, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; pasukan Kenot Brain dinobatkan sebagai juara bagi MEL22 Free Fire. Tempat ke-2 jatuh kepada pasukan Tok Dalang dari Johor. Bagi tempat ke-3 & 4, ianya milik pasukan Orv Enchancted dari Melaka dan pasukan Tactical Index dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kesemua 16 pasukan yang bertanding adalah juara peringkat negeri dan mereka menerima wang tunai RM1,000 sebagai wang hadiah. Berikut adalah kesemua pasukan yang bertanding;
- Fastkill Nov4 (Perak)
- Sabah Pipol (Sabah)
- Red Eagle (Kedah)
- ORV.Enchanted (Melaka)
- NoXScape EZ (Terengganu)
- Musang International (Kelantan)
- NotX Infinity (Negeri Sembilan)
- TokDalang (Johor)
- Utara Esports (Perlis)
- Never Give Up (Pahang)
- Era Squad (Sarawak)
- Tactical Intex (Wilayah Persekutuan Putrajaya)
- Freedom Rumble (Selangor)
- KenotBrain (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
- NoXScape Nova (Wilayah Persekutuan Labuan)
- Todak (Perlis)