Malaysia Esports League (MEL) ialah platform pertandingan inklusif untuk bakat baharu di bawah Pelan Strategik Pembangunan Esports yang diperkenalkan oleh KBS. Ianya menampilkan pelbagai jenis permainan termasuk PUBG Mobile, Mobile Legends, Free Fire dan banyak lagi dengan jumlah hadiah berjumlah RM 299,500.
Selepas 2 hari beraksi di ESI Hub @ Spacerubix, Puchong, juara MEL22 PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan jatuh kepada pasukan Nemesis dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tempat ke-2 jatuh kepada pasukan Agent In Pyjamas dari negeri Perlis. Bagi tempat ke-3, dimenangi oleh pasukan Anti Circle dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan tempat ke-4 pula pasukan The Gringos Esports dari negeri Kelantan.
Pasukan ini akan membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000 dan piala pusingan. Manakala tempat ke-2 akan membawa pulang hadiah sebanyak RM7,000, tempat ke-3 RM5,000 dan tempat ke-4 RM3,000.
Kesemua 16 pasukan yang bertanding adalah pasukan yang mewakili 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan akan bertarung untuk hadiah terkumpul sebanyak RM25,000. Selain dari itu, mereka juga menerima wang tunai RM1,000 atas kejuaraan mereka di peringkat negeri . Berikut adalah kesemua pasukan yang bertanding;
- Edra Ares (Perak)
- iVict Star Elite (Sabah)
- AE Glazer (Kedah)
- DBD Comeback (Melaka)
- Tomyam Reborn (Terengganu)
- The Gringos Esport (Kelantan)
- AE N9K (Negeri Sembilan)
- Team Dingin (Johor)
- AMD (Pulau Pinang)
- LX FTSLR (Pahang)
- Miri Mob Borneo (Sarawak)
- Anti Circle (Wilayah Persekutuan Putrajaya)
- DBD Nemesis (Selangor)
- Nemesis (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
- RHG Rogue (Wilayah Persekutuan Labuan)
- Agent In Pyjamas (Perlis)