Selepas menjadi juara The International 11, Tundra Esports membuat pengumuman kehilangan kejuaraan The International; Aegis Of Champions semalam. Dalam tweet mereka, mereka berkata, “Kawan-kawan, tolong bantu. Malam tadi hilang kawalan, anda tidak akan percaya ini tetapi kami kehilangan Aegis…”. Aegis of Champions ditempa dengan gangsa dan perak dengan bahagian bertentangan mendedahkan pemain dan pasukan yang telah memenangi kejuaraan.
Beberapa jam yang lepas, akaun dota2updates mengatakan ianya sudah ditemui. Ianya sebenarnya salah faham dari pihak Tundra Esports sendiri. Piala itu diambil oleh seorang kakitangan Valve bernama Sharon untuk dibungkuskan.
Bekas pemain pasukan SMG Dota2 yang berasal dari Singapura Daryl “iceiceice” Koh melakukan ‘gurauan’ di Twitter selepas Tundra mengumumkan kehilangan piala tersebut.