DRX menewaskan T1 3-2 seterusnya memenangi League of Legends Worlds 2022 pertama untuk organisasi itu dan menghalang pasukan T1 dan pemain Lee “Faker” Sang-hyeok daripada mendapat rekod kejuaraan Dunia keempat mereka. Kemenangan itu adalah kemuncak kisah Cinderella DRX ke Worlds. Sebagai pilihan keempat dari Korea, DRX adalah salah satu pasukan yang bukan diramal untuk menjuarai League of Legends World Championship. DRX dibarisi oleh Kim “Deft” Hyuk-kyu, Cho “BeryL” Geon-hee, Hwang “Kingen” Seong-hoon, Hong “Pyosik” Chang-hyeon, Kim “Zeka” Geon-woo dan Lee “Juhan” Ju-han.
Pusingan ke-4 merupakan pusingan yang mereka menangi dengan mudah selepas kalah dalam pusingan ke-3, menyayatkan hati di mana T1 berjaya mencuri dua baron untuk mencuri kemenangan dan naik 2-1. Dengan jumlah mata terikat 2-2, kemenangan DRX pada pusingan ke-5 sangat dramatik apabila mereka berjaya mendapatkan ‘elder dragon‘ seterusnya memenangi permainan dan menjulang Piala Summoner. Selain itu, mereka juga membawa pulang wang hadiah bernilai 489,500 USD (RM2,324,146).
Sebelum menewaskan T1 dalam perlawanan akhir LOL Worlds 2022, DRX pernah tewas kepada T1 lapan kali dalam empat siri sepanjang 2 musim League of Legends Champions Korea (LCK) tahun ini. DRX akhirnya berjaya menewaskan T1 buat kali pertama tahun ini dalam pusingan ke-2 perlawanan akhir LOL Worlds 2022.