Kejohanan Free Fire World Series 2022 Bangkok yang dinanti-nantikan oleh peminat permainan video free fire bakal berlangsung pada 25-26 November nanti.
Sebanyak 17 pasukan bakal bertarung bagi merebut gelaran kejuaraan musim ke-5. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak AS2,000,000 (RM9juta).
Pasukan AV Radicals yang berpengkalan di Filipina akan terus melayakkan diri ke peringkat akhir kerana berjaya menjadi juara di MCPS Major Musim Ke-4.
Pada tanggal 25 November, pasukan yang terdiri daripada kelompok PLAY-INS bakal memulakan saingan terlebih dahulu bagi mendapatkan kedudukkan 4 terbaik untuk melayakkan ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.
Pasukan Expand satu-satunya wakil tunggal buat pasukan Malaysia yang bakal berentap dikejohanan ini. Pemain yang terdiri dari pasukan adalah
- 2fast (Putera Iskandar)
- Cobraa (Muhammad Afiq Khairizman)
- TheAxel (Mohamad Azim)
- XRoy
- Shaa
Baru-baru ini pasukan ini baru saja menjadi juara bagi kejohanan ESL Snapdragon Mobile Open Season 2: MSP Open, dan membawa pulang AS1,500 (RM6.7ribu) hadiah wang terkumpul.
Perlawanan Free Fire World Series 2022 Bangkok akan disiarkan secara langsung di Youtube, Facebook dan Tiktok Garena Free Fire Malaysia.